ISTERI

.:h@nya..sekaDar..luAhan..Rasa:.

Chicken Chop

resepi-chiken-chop.jpgPotongan chicken chop ada juga yang dijual sudah dibuangkan tulangnya. Perapkan dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam selama satu jam. Pastikan ia dilap kering-kering dengan kitchen towel terlebih dahulu.

Membuat adunan salut lebih mudah menggunakan pemutar belon. Ini akan menghasilkan adunan yang halus dan tidak berketul. Caranya dengan meletakkan semua bahan kering dalam mangkuk.

Dengan sebelah tangan menuangkan air, sebelah lagi mengacau campuran tersebut. Pastikan ia tidak terlalu cair. Bila kepekatannya elok, pukul dengan kuat selama beberapa saat kemudian biarkan selama 10 minit.

Celup potongan ayam dengan memegang dua bahagian jika ia besar. Ini supaya potongan itu leper dan dapat menyalut seluruh ayam. Kemudian salut dengan serbuk roti yang diletakkan di atas pinggan leper. Pastikan setiap bahagian bersalut dengan serbuk roti itu. Anda boleh sediakan beberapa keping sebelum mula menggoreng.

Sangat mudah menyediakan serbuk roti di rumah. Hanya letak kepingan roti yang tidak dimakan di atas rak peti sejuk. Anda tidak perlu membungkusnya.

Biarkan selama tiga atau empat hari dan roti akan menjadi keras. Pecahkan menjadi kepingan kecil. Kemudian kisar hingga halus. Simpan di dalam bekas bertutup. Letak di bahagian bawah peti ais. Ia tahan lama.

Selain itu, anda boleh beli serbuk roti di kedai. Ada dua jenis. Serbuk roti yang berwarna kuning akan menghasilkan kulit chicken chop kuning keemasan. Serbuk roti jenis ini sangat rangup kerana ia mempunyai campuran tepung jagung. Untuk lebih wangi, campurkan serbuk roti dengan kelapa parut yang sudah digoreng kekuningan. Anda akan dapati chicken chop anda juga rangup.

Gorenglah dalam minyak yang banyak supaya mudah masak. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer yang berbakul khas. Jadi, sangat mudah bila hendak mengangkatnya. Untuk menggoreng dengan sempurna, pastikan api tidak terlalu kuat.

Bila ayam nampak keemasan, bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya. Keluarkan serdak yang masih ada dalam minyak sebelum memasukkan potongan lain. Serdak yang terlalu lama digoreng akan menjadi hitam dan melekat pada ayam.

Untuk membuat sos, perlukan batang saderi. Sebaik-baiknya gunakan bawang besar jenis putih (Holland). Bawang besar jenis merah pula hanya sesuai untuk membuat gulai dan sebagainya. Ini kerana rasanya yang lebih kuat dan boleh digandingkan dengan rempah atau cili.

Bahan paling penting bila membuat sos ialah mentega. Jangan gunakan marjerin kerana ia tidak sesuai.

Kacau mentega dan tepung sehingga hampir keemasan. Kemudian tuangkan air dan masukkan semua bahan lain. Jika menggoreng terlalu lama, campuran boleh menjadi hangus dan pahit. Jadi, langkah pertama itu sangat penting. Ia akan menentukan sama ada sos sedap atau sebaliknya.

Ramai orang keliru tentang air rebusan ayam atau chicken stock. Air rebusan yang asli atau tulen diperbuat dengan merebus saderi, bawang, lobak merah, biji lada sulah dan rangka ayam selama beberapa jam.

Kemudian biarkan semalaman. Buangkan lemak yang mengeras di permukaan. Masak hingga mendidih semula sebelum ditapiskan.

Jika anda tiada masa untuk membuat air rebusan ayam, campurkan satu kiub pati ayam dengan air panas secukupnya.

Anda juga boleh gunakan satu camca besar stok pekat dalam botol. Jika tidak memasukkan kiub, rasa sos kurang enak. Jangan letak terlalu banyak garam kerana kiub sudah agak masin.

Salah satu bahan penting adalah herba Italy (Italian herbs) yang dijual di dalam botol-botol kecil. Selain itu, boleh gunakan herba campuran.

Ia adalah campuran herba kering oregano, rosemary, thyme dan dill. Campuran ini memberikan aroma masakan Barat yang sungguh menyelerakan.chiken-chop.jpg

Bagi yang suka pedas, campurkan sedikit serbuk cili ke dalam adunan salut. Anda juga boleh tambah serbuk lada hitam ke dalam sos.

Jika mahukan sos berwarna gelap, campurkan lebih banyak kicap pekat atau kicap hitam. Sos ini boleh disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk dan dipanaskan bila hendak dimakan.

Leave a Comment

Solat itu lebih baik daripada tido

Sumber: Utusan Malaysia Online

Soalan 1
Saya seorang yang menjaga perihal tentang sembahyang manakala suami saya agak liat dan jarang sembahyang cukup lima waktu.

Pada hari cuti, suami saya lebih rela tidur dari bangun sembahyang subuh.

Apakah saya berdosa kalau saya tidak mengejutkan suami saya supaya bangun bersembahyang.

Kadang-kadang saya ada juga kejutkan suami tetapi dia tetap tidak mahu bangun. Adakah saya dikira berdosa kerana bersubahat?

Jawapan:
Ramai di kalangan kita membincangkan isteri derhaka pada suaminya, tetapi jarang orang membincangkan derhaka suami kepada isterinya. Kenapa keadaan ini berlaku? Bukankah nampak macam tidak adil di pihak isteri?

Mungkin juga isteri menjadi derhaka kerana suaminya yang tidak pandai mendidik isteri yang menjadi amanah yang diterimanya melalui akad yang sah. Sebuah keluarga yang bahagia terbentuk dengan kesefahaman, toleransi, bantu membantu dan berkasih sayang di antara satu sama lain.

Bahagialah sebuah rumahtangga yang diketuai oleh suami atau si ayah yang memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah dalam rumah. Tetapi apabila suami gagal memahami tugasnya selaku ketua rumahtangga akan berlaku ketidakstabilan pengurusan dalam rumahtangga.

Namun demikian bersyukur apabila isteri mengambil alih tugasan memberi peringatan mengenai solat. Sepatutnya suami yang mengingatkan, tidak salah jika isteri yang ingatkan. Tetapi bila isteri yang suruh atau isteri yang mengajak kepada kebaikan suaminya tak berapa nak buat. Kerana dia hanya dilihat sebagai seorang wanita.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan adalah tugas bersama. Jika si suami melihat isterinya melakukan sesuatu yang salah atau melanggar perintah Allah maka si suami berkewajipan menegur dan membetulkan dan jika sebaliknya suami yang melakukan kesalahan maka si isteri berkewajipan membetulkannya. Ini termasuklah mengajak suami solat.

Suami perlu diperbetulkan supaya mereka yang di bawah jagaannya terdidik. Suami bertanggungjawab mengemudi bahtera rumahtangga.

Suami umpama kepala gerabak kereta api, kalau sesat kepala kereta api itu sesatlah seluruh penumpangnya. Allah s.w.t menegaskan akan kedudukan lelaki dalam masyarakat dengan firman-Nya yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar. (al-Nisa’: 34)

Dalam ayat lain Allah menegaskan bahawa suami berkewajipan menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka, firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). (al-Tahrim: 6).

Qatadah menjelaskan berkenaan ayat ini menyuruh mereka supaya taat perintah Allah serta menegah mereka dari melakukan maksiat kepada Allah serta membantu mereka dalam mentaati Allah s.w.t.

Ayat ini menyuruh ketua keluarga menyelamatkan dirinya dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. Selamatkan diri dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan maksiat dan bersegera bertaubat dari segala kesalahan yang menjadi kemurkaan Allah s.w.t.

Seorang isteri tidak memikul dosa suami yang tidak sembahyang. Selagi mengingat dan mengajak suami tidak mendatangkan mudarat pada fizikal, maka selagi itulah puan berkewajipan mengingatkannya. Namun dosa dia tinggalkan solat dia sendirilah yang tanggung.

Dalam al-Quran jelas Allah menerangkan yang bermaksud: Sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah). (al-Isra’: 15)

Leave a Comment

Tuah yang bermuka dua

kucing-bermuka-2.jpg

Sumber: Kosmo Online

ALOR STAR – Kucing mempunyai dua muka. Walaupun pelik bunyinya, itulah yang berlaku kepada anak kucing yang dipelihara Ruziana Mohd. Ibrahim, 37 apabila ia dilahirkan dengan mempunyai dua muka yang tetapi berkongsi satu kepala.

Anak kucing itu yang dilahirkan awal pagi kelmarin mempunyai dua mulut, empat mata dan dua hidung itu kelihatan seperti dua kepala yang bercantum menjadi satu.

Kata Ruziana, anak kucing betina itu yang diberikan nama ‘Tuah’ akan dipeliharanya dengan baik bagi membolehkan ia terus hidup.

“Tuah macam lemah sikit berbanding dua lagi adik-beradiknya yang lain, ia tidak dapat menyusu dengan ibunya, jadi saya beli susu kucing dan berikan dengan picagari,” jelasnya ketika ditemui di rumahnya semalam.

lagi-kucing-bermuka-2.jpg Tambah beliau, ibu Tuah terpaksa dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan berdekatan memandangkan terdapat kesukaran untuk melahirkan anak ganjil itu.

“Mungkin kerana kepala anaknya terlalu besar, lepas disuntik baru ia dapat beranak,” jelasnya.

Jelas pemilik anak kucing itu lagi, ‘Tuah’ tidak akan dijual walaupun ditawarkan harga yang tinggi. Ini kerana mereka sekeluarga terlalu sayangkan anak kucing itu dan mahu melihat sendiri ia membesar.

“Walaupun kucing itu kurang sihat kerana tidak dapat menyusu dengan ibunya, kami akan berusaha membesarkan ‘Tuah’,” jelasnya ketika dihubungi KOSMO! semalam.

Kata anggota tentera itu, walaupun badan ‘Tuah’ tidak sihat dengan kepala lebih besar berbanding anak kucing lain, ia tetap lincah.

Beliau yang turut membela hampir 30 ekor kucing di halaman rumahnya akan memastikan ‘Tuah’ mendapat sepenuh perhatian.

Leave a Comment

Contohi Nabi Muhammad pimpin keluarga

Sumber: Utusan Malaysia Online

JOHOR BAHRU 7 Feb. - Golongan suami perlu memantapkan kualiti kepimpinan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan sebagai ketua keluarga untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni.

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor (JAJ), Alina Wong Abdullah berkata, golongan itu perlu menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan.

Alina berkata, ia penting untuk membentuk keluarga sakinah iaitu yang penuh dengan kasih sayang, belas kasihan, kemesraan, tolak ansur dan kebahagiaan.

”Sebagai contoh, sekiranya suami mengabaikan peranan mereka dalam memberi nafkah sama ada nafkah zahir mahupun batin, maka ia sering membawa kepada perpecahan keluarga dan penceraian dalam rumahtangga.

”Sesetengah suami suka memandang ringan tentang perkara ini kerana sering bersikap sambil lewa,” katanya ketika memberi ceramah sempena Program Sakinah sempena sambutan Maal Hijrah 1429 yang diadakan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, di sini semalam.

Pada majlis anjuran JAJ dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim itu, hampir 1,000 para suami dari 119 buah agensi kerajaan seluruh negeri hadir.

Tambah beliau, dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh maka golongan suami kini lebih memahami peranan dan tanggungjawab mereka serta mengikis sikap sambil lewa itu.

Katanya, kualiti kepimpinan itu bukan sahaja daripada sudut memberi nafkah tetapi juga aspek pengurusan kewangan, mendidik isteri dan anak-anak, keperluan sosial dan rohani serta hal ehwal rumah tangga lain.

Malahan, menurutnya, golongan lelaki sepatutnya lebih memahami tanggungjawab tersebut sebelum mendirikan rumah tangga.

”Cara sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah krisis rumahtangga yang membawa kepada penceraian dan masalah-masalah yang lain,” jelasnya.

Leave a Comment

Si Chot (bukan nama sebenar) yang Lucu

GAMBAR
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi.

Chot nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, lalu dia berkata, “Kak… Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar…”

KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke’bendul’an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu… pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet… keluar dan bertanya, “Apa hang buat tu, Chot?” Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, “HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!”

BUKU TEPON
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. “Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!” jerkah Chot.

“Ada apa ni encik? Ribut-ribut?” tanya pustakawan bertugas.

“Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!” kata Chot.

“Apa masalahnya?” tanya pustakawan itu lagi.

“Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!”

Pustakawan tersebut berkata, “Ahh… jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!”

MASA
Chot: “Chet, skrang dah pukui brapa?”
Chet: “3:15 petang.”
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) “Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?”
Chet: “Awat lak? Bila lak aku tipu hang?”
Chot: “Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama…”

Leave a Comment

Siapa Lebih Maju

Tahun lepas sainitis Russia telah mengorek tanah sedalam 100 meter, lalu mereka terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun… and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network … woo bes..

Selepas itu, saintis Amerika tak puas hati,  lalu mereka pun mengorek juga tanah di kawasan mereka sedalam 200 meter… Mereka telah terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun… lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg…. pergh canggih tuh…

Saintis Malaysia plak try gak, mereka telah mengorek sedalam 500 meter… pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2…
so diorg wat kesimpulan; 5000 tahun dahulu nenek moyang org Malaysia sudah tahu menggunakan teknologi wireless!

Hehe he… bangga..bangga
Malaysia BOLEH!! hahaha..

Leave a Comment

Doa Mustajab Membentuk Isteri dan Anak-Anak

Hari ni aku kongsikan tips bagaimana suami boleh mengubah diri isteri dan juga anak melalui doa. Tip ni aku jumpa dalam forum yang sering kali aku usha2..

Bagi suami yang menghadapai masalah anak tidak mendengar kata… atau isteri yang kerap kali “hangin” tiba-tiba… cuba tips mudah berikut:

… apabila anda selesai mengimami solat, ketika berdoa pastikan anda sebutkan nama anak-anak (kalau ada 10 orang pun sebutlah sorang2) dan nama isteri (kalo ada empat jangan pulak sebut keempat2nya..sebut aje satu nama isteri anda yang sedang menjadi makmum sudahlah..karang naya isteri tak mau merajuk tak mau masak).

….anda digalakkan membacakan doa agak kuat tetapi lembut agar orang yang kita sebut namanya dapat mendengar…

Untuk tips ini berjaya pra-syarat utama ialah anda mesti mengimami solat bersama-sama isteri dan anak-anak.

Contoh2 doa seperti berikut:

“Ya Allah, jadikanlah isteriku Norjannah seorang isteri yang solehah. Lembutkanlah hatinya, elok dan sopan budi pekertinya dan menjadi hiasan dan sumber keceriaan dalam rumahtangga kami.”

“Ya Allah, jadikanlah anakku, Muhammad Shafi anak yang soleh dan bertakwa. Memiliki sifat-sifat mulia sebagaimana Rasullullah s.a.w. Cemerlang hidupnya, murah rezekinya dan dihormati masyarakat”

Ini kerana secara psikologinya… isteri dan anak-anak akan merasakan yang anda benar-benar menyayangi mereka dan ingin melihat mereka menjadi yang terbaik.

Yakin dan pecayalah… mereka pasti berubah!

p/s: Utk para isteri boleh lakukan untuk anak-anak bila solat mengimami mereka tetapi elakkan membaca dengan kuat bilamana inginkan suami berubah. Doa secara perlahan dan mohon kepada Allah agar ianya termakbul. Bacaan secara kuat dan didengari suami pasti akan melukakan hati atau setidak-tidaknya mencalar ego, misai serta janggutnya.

Leave a Comment

Ular Betina Masuk Dapur

Sejak dua menjak ni, aku asyik mimpi ular aje.. Masuk ni dah dua kali aku mimpi ular. Pelik dan risau jugak aku. Kata nenek aku, anak dara kalo mimpi ular maksudnya ada lelaki nak datang meminang.. Hai kalo isteri orang yang mimpi ular macam mana pulak ye nek??

Meh sini aku nak cite sikit mimpi2 ular aku…

Mimpi ular yang pertama, ular tu badan macam ular lidi tapi kepala pulak mirip kepada ular tedung. Kegemaran ular tu adalah menyorok di dapur dan tangkas bergerak. Sudah betul aku nak menangkapnya. Siap mak aku kena gigit oleh ular tu..

Kali kedua pulak, aku mimpi ratu ular yang bertelur 2 kali setiap satu jam setelah berasmara dengan manusia. Kegemaran ratu ular tu adalah membunuh manusia terutamannya lelaki.

Selepas aku ceritakan episode mimpi ular aku kepada suami, suami aku bilang, kalo isteri orang mimpi ular, maksudnya bakal timang cahaya mata..

Huhu..aku asyik mimpi ular betina je. Agak2nya anak sulung kami, pompuan kot.. Aku ni malas betul nak pi scan tengok jantina anak..

Comments (2)

Puting-puting Aneh Bayi

Kali ni aku nak kongsi dengan anda semua, gambar bayi2 berposing dengan puting aneh mereka..yang mana satu pilihan anda untuk baby tersayang?? aku?? huhu, taksanggup aku nak burukkan muka anak sendiri …

puting1.jpg

puting5.jpgputing3.jpgputing6.jpgputing7.jpg

puting4.jpg

puting2.jpg

Leave a Comment

25 perkara yang suami tidak suka

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. ie. “hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla “

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la jika nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak “

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan …”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak …. boleh singgah tak mana mana .. pleaze “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools! atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap/bersembang/berforum group friendster dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber…. ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan “

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “.. oh baju-baju cantik tu jika untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. “sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. “.. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “… nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..lagi pun i nak jimatkan bil air bulan ni..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “.. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak … then today.. then tadi.. u tau tak… semalam u nak tau…. bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah … bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla… ini semua salah you. “

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. “.. eee u tau tak hubby i tu, malam-malam…”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “.. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor… i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “.. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

Comments (4)