ISTERI

.:h@nya..sekaDar..luAhan..Rasa:.

3 Langkah Mengurus Wang Anda Dengan Bijak

Aku bukanlah seorang yang bijak dalam bidang perakaunan. Malah masa muda-muda dulu aku paling hampeh dengan subjek akaun. First time aku mula belajar bukak buku akaun masa amik subjek Kemahiran Hidup (KH) di form 2. Time tu jelah, lepas belajar timbang akaun, buka buku ini, buku itu, ada akaun beregulah..entah apa2 tah..last2 aku terus tak minat nak amik subjek akaun after PMR walaupun aku hebat bab2 math dan add math after aku merangkak ke peringkat SPM. (biasalah hebat ngapal formula)

So kali ni, aku nak tory untuk mengaplikasikan pengurusan kewangan tanpa perakaunan, khas untuk alam rumah tangga melalui cara enden yang tersendiri…  

Langkah 1- Tentukan Matlamat Kewangan
Setiap kali kita buat sesuatu, tentu saja tidak lari dari perkataan MATLAMAT atau dengan bahasa kasarnya TUJUAN.

Matlamat kewangan seharusnya menggambarkan perkara yang ingin di kecapi dengan wang dalam jangka masa tertentu. Sebagai contoh mudah yang boleh di jadikan matlamat: 

  • membeli rumah ketika berumur 25 tahun
  • membeli kereta MPV ketika berumur 30 tahun
  • menunaikan ibadat haji ketika berumur 35 tahun
  • menikah lagi satu ketika berumur….(hampeh punya matlamat)

Langkah 2 - Menjejaki Mana Perginya Wang Anda
Setelah matlamat berada di dalam gengaman minda anda, mulakan hidup anda dengan membuat perancangan perbelanjaan harian anda agar matlamat anda mudah dicapai.

Sebagai contoh mudahnya, listkan perbelanjaan harian anda setiap bulan. Mulakan list perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan (telephone, streamyx, api, air), bayaran balik pinjaman (kereta, rumah), sewa (rumah), perbelanjaan seharian (tesco, giant, carrefour, pasar malam) dan lain-lain (tengok wayang, makan luar, minyak petrol, beli barang kemas, rokok..)
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, duit raya untuk musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain) 

List ini boleh membantu anda mengenal pasti tabiat berbelanja sekaligus merancang kewangan anda. Selain itu melalui perancangan ini juga, anda dapat mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda?
  • Berapa banyak hutang tertunggak anda setiap bulan (hutang credit card, hutang kereta, hutang streamyx, hutang telephone…)?
  • Berapa baki wang gaji anda untuk di simpan yang masih tinggal di penghujung bulan?

Langkah 3 - Menilai Tabiat Berbelanja
Jika poket/ wallet anda sudah kering atau dengan kata mudahnya wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya untuk anda menilai dan menaaruf semula tabiat berbelanja anda dan seisi keluarga. Teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi keinginan nafsu serakah anda. 

Jika semasa sesi taaruf, anda dapati melakukan perkara-perkara di bawah…..

  • Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Berhutang lebih besar daripada pendapatan
  • Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

……nasihat saya… insaf dan ubahlah tabiat berbelanja anda dan kurangkanlah perbelanjaan yang tidak-tidak itu.

Leave a Comment

Anemia di Paras Stabil

Lupa aku nak updatekan kisah lawatan aku ke klinik desa untuk kali ke-4. Bulan ni, aku di kehendaki hadir awal 9pagi pada 12 February untuk diperiksa. Semalam aku shift malam, jadi sepulang saja aku dari tempat kerja pukul 8:30pagi, aku terus memandu ke klinik.

Alhamdulillah, orang tidak ramai. Aku diperiksa macam biasa. Berat aku kali ni naik 3kg menjadikan total weight aku 51kg. Huhu..masa anak dara dulu aku pernah cecah 55kg. Dapatkah aku memecah record peribadi aku?? Kena tunggu kandungan aku capai 9bulan lagilah kot..

Ujian darah menunjukkan paras hemoglobin aku meningkat lagi.. 9.1gm%. Syabas buat aku kerana mencapai target walaupun masih di paras rendah. Mujur aku tidak direferkan ke Klinik Dengkil. Jika tidak alamatnya aku kena gi hospital untuk di cocok tang buntut kot..

Sebelum mengakhiri sesi lawatan aku kali ni, aku di beri suntikkan imunisasi kedua. Kali ni aku tak tahu untuk apa.. Dan akhirnya aku di lampirkan dengan sehelai A4 paper yang bercetak table2 yang banyak. Setelah diberi penjelasan, baru lah aku tahu yang sudah tiba waktunya untuk aku mencatatkan kiraan pergerakkan anak dalam perut aku.

Start pukul 9pagi aje, aku kena tandakan / untuk satu gerakkan baby. Kalo baby gerak lagi dalam 1minit after first gerakkan, aku tandakan lagi /… dan begitulah seterusnya sehinggalah tanda / genap 10 angka, lalu aku mencatatkan pukul berapa masa terakhir tanda / yang ke-10 itu. Mudah sajakan? Cuma jangan lupa dan kena selalu alert lah..

Cara ni, cuma untuk memastikan dalam masa 12jam, baby ada pergerakan. Dan jika selepas 9 malam (means tamat 12jam waktu alert pergerakkan baby), baby still tak mencapai 10kali gerakkan, aku di minta oleh nurse terus memecut berhati-hati ke hospital berdekatan. Ini kerana di khuatiri baby dalam kandungan lemas.

Apa pun alhamdulillah, setakat ni baby aku aktif bergerak. Pukul 1 tengah hari je dah habis aku count 10 kali gerakkan.  

Lawatan aku seterusnya ditetapkan 2minggu akan datang. Ini kerana aku telah masuk 28 weeks pregnent. (kira dah 7 bulan aku ngandung). So kena lebih kerap melawat kliniklah lepas ni…

Pada petangnya aku dan suami bertehkat untuk scan baby kami di klinik berdekatan umah atas tujuan pengesahan jantina baby. Klinik yang baru di buka hampir 1 bulan itu, alhamdulillah mempunyai alat ultrasound dan juga merupakan klinik panel PM Care. So lepas ni, kalo aku sakit ke, boleh lah aku terus menuju ke situ.

Result scan sungguh mengujakan aku dan suami. Walaupun hitam putim dan blur-blur, dari kejauhan aku boleh nampak hidung, mulut dan matanya. Hehe.. Macam muka abah dia.. Dan jantina baby aku, sah perempuan. Huhu.. Seperti mimpi2 yang membayangi tidur aku… Dan juga gerak hati suami ku yang menyatakan aku bakal melahirkan anak dara… Orang tua kata, kalo anak sulung perempuan, alamatnya, cepatlah aku dan suami dapat menantu dan cucu..

Comments (2)

Mencari Calon Isteri

Credit to: http://kubiac73.blogspot.com

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur , ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan…

CALON PERTAMA:

Ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT besar….. BUMPER menggiurkan ala Jlo
Pekerjaan : Operator telefon merangkap receptionist

Si anak lelaki menolak calon pertama. Siibu bertanya mengapa dia menolak, lalu sianaknya pon berkata: “Ala Mak…nih tak syiioookkkk….dia nih selalu cakap SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR”

CALON KEDUA:

Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar, badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice, BUMPERnya boleh tahan
Pekerjaan : Setiausaha

Lalu sianak lelaki berkata “Nih lagi tak syyiiiooookkkk…asyik-asyik HARAP BERSABAR…BERSABAR”

Si ibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya…lalu dia pon menjemput calon terakhir…

CALON TERAKHIR:

Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan, BUMPERnya flat
Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini terus bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini?

Lalu anaknya pun memberitahu… “Hah! mak nih la syyiookkk sikit…kalau cikgu best sikit..pasal dia selalu cakap ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH, BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH…”

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak… “Bang!!!….Konduktor bas mini lagi bagus bang….

Diorang selalu cakap….”NAIK CEPAT, NAIK CEPAT…MASUK, MASUK…..MASUK LAGI, DALAM LAGI…DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH,MASUK BELAKANG….BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG SANA…BELAKANG BANYAK KOSONG!……….

Comments (1)

Berpoligami perlu adil

Sumber: Utusan Malaysia Online

SOALAN
Awal tahun lalu, suami saya menyuarakan keinginannya untuk berpoligami. Pada mulanya saya tidak bersetuju kerana dia bukannya bergaji besar.

Pada pendapat saya, dia tidak mampu untuk menyara dua buah keluarga. Akhirnya, saya mengalah apabila dia berjanji akan menjaga kebajikan saya anak-beranak.

Malangnya, janjinya bertahan selama dua bulan sahaja. Sampai sekarang, suami langsung tidak memberi wang belanja untuk saya. Bila saya minta, dia kata dia tidak ada duit kerana madu saya baru melahirkan anak.

Dia juga jarang pulang ke rumah saya, kebiasaannya hanya sehari sebulan.

Bolehkah dia mengabaikan kami sebegini? Tiadakah apa-apa yang boleh saya buat agar suami memberi wang belanja dan melawat kami anak-beranak dengan lebih kerap?

- Fakhriyah Daud,

Johor Bahru.

JAWAPAN
Acapkali kita terdengar kisah suami yang berpoligami tetapi tidak berlaku adil terhadap keluarga isteri pertama. Sebelum berlangsungnya perkahwinan poligami, pelbagai janji manis dituturkan namun akhirnya janji-janji tersebut tidak dikotakan.

Ini berlawanan sekali dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya menunaikan sebarang janji yang telah dibuat. Ini dapat dilihat melalui Surah al-Maidah ayat 1: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”

Tambah menyedihkan lagi ialah apabila hal ini terjadi, wanita dan anak-anaklah yang sering menjadi mangsa.

Orang ramai biasanya menganggap bahawa mahkamah syariah mengeluarkan perintah mengarahkan suami membuat bayaran nafkah kepada isteri dan anak-anaknya dalam kes cerai sahaja.

Sebenarnya, seorang isteri juga boleh memohon kepada mahkamah syariah supaya memerintahkan suaminya membayar nafkah untuk dirinya serta anak-anaknya sepanjang tempoh perkahwinan. Ini berdasarkan seksyen 60 serta seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

Puan juga boleh meminta kepada mahkamah syariah supaya membuat perintah memotong gaji suami untuk dibayar sebagai nafkah. Selain itu, mahkamah syariah juga boleh memerintahkan agar harta alih (contohnya kereta) suami dijual dan hasilnya diberi kepada puan serta anak-anak puan sebagai nafkah. Ini berdasarkan kepada seksyen 159 (1) Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003.

Seperkara lagi, puan boleh membuat aduan ke mahkamah syariah bahawa suami tidak berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang berpoligami. Ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 129 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 di mana suami puan boleh dibicarakan di mahkamah syariah.

Menurut seksyen tersebut, seorang suami yang didapati bersalah kerana tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isterinya seperti yang dikehendaki oleh hukum syarak boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Persoalan yang puan ajukan ini boleh dijadikan pedoman bukan sahaja kepada wanita yang berada dalam situasi yang sama, tetapi juga kepada wanita yang tidak kisah dipoligamikan. Malah kepada lelaki yang mengambil mudah perihal poligami ini juga perlu mengambil ikhtibar supaya tidak menzalimi hamba Allah s.w.t. yang lain.

Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat:

No. 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel telenisa@sistersinislam.org.my

Comments (2)

Masak Lemak Cili Padi

resepi-gulai.jpg

Sumber: Kosmo Online 

AYAM, ikan, udang dan daging sesuai dibuat gulai lemak cili padi. Campuran yang biasa mengiringinya adalah rebung, belimbing buluh, terung, nenas dan sebagainya. Manakala dengan ayam, selalunya ubi kentang. Daging pula hendaklah direbus empuk sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain.

Selalunya air rebusan daging dicampur dengan kelapa parut dan diperah untuk santannya. Dengan cara ini, rasa kuah ‘manis’ dan lebih ketara aroma dagingnya. Gunakan api yang perlahan jika merebus atau memasak daging supaya ia cepat empuk. Anda juga perlu memotong melintang dan tidak selari dengan urat daging.

Membuat lemak cili padi ayam berbeza dengan ikan. Untuk ayam, anda perlu ‘matikan’ airnya dulu. Caranya adalah memasukkan bumbu atau rencah kisar dengan ayam ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana sehingga terbit air ayam. Ia harus mendidih dan kering sedikit. Bila berbau harum, baru dimasukkan santan dan bahan-bahan lain.

Jika menggunakan ayam bandar atau yang dibeli di pasar raya, anda perlu mencampurkan 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang dikisar halus. Ini untuk menghilangkan bau hanyir atau hamis ayam tersebut. Sekiranya membuat gulai dengan ayam kampung, tidak perlu membubuh bawang tetapi anda perlu memasaknya lebih lama dengan santan cair supaya empuk sebelum menambah santan pekat.

Ada dua cara untuk memasak gulai udang dengan belimbing. Jika hendak mengurangkan rasa masam, celur belimbing buluh dengan sedikit air hingga layu. Kemudian buangkan airnya. Masukkan ke dalam kuah santan setelah ia mendidih dan sejurus sebelum diangkat.

Salah satu cara lain adalah memasukkan belimbing terus ke dalam kuah. Cara ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Anda tidak perlu lagi membubuh asam gelugur atau asam keping kerana belimbing memang berasa masam. Namun ia sangat baik dari segi kesihatan dalaman.

Daun kunyit adalah kemestian di dalam gulai lemak cili padi. Bahan lain adalah kunyit. Jika terlalu banyak kunyit, rasa kuah akan payau. Menggunakan serbuk kunyit bagi menggantikan kunyit hidup akan mengurangkan kesedapan masakan ini. Warnanya juga akan berbeza. Ia tidak lagi kelihatan benar-benar asli kerana tiada rasa kunyit itu.

Selain daun kunyit, boleh juga gunakan daun selasih. Keharumannya pasti menaikkan selera. Sebaik-baiknya daun selasih dimasukkan sebaik saja gulai mendidih. Ini supaya aromanya kekal di dalam gulai.

Untuk gulai lemak udang atau ikan, tidak perlu memasukkan halia. Dalam gulai yang asli, bawang memang tidak digunakan langsung. Jadi, masakan ini sangat mudah dan cepat disediakan. Hanya kisar dan jerang di atas dapur. Namun anda perlu mengacaunya selalu supaya ia tidak pecah minyak. Gulai yang pecah minyak tidak nampak cantik dan anda mungkin hilang selera untuk menikmatinya.

Buah keras di dalam bahan kisar bertujuan menambah kepekatan gulai. Ini bermakna, anda tidak perlu menggunakan santan yang banyak. Bagi mereka yang ingin mengurangkan santan, gunakan 1/3 sukatan santan, 1/3 susu rendah lemak (skim milk) dan 1/3 bahagian air. Dengan cara ini, anda dapat menikmati gulai yang lebih menyihatkan.

Mengikut sesetengah kepercayaan, supaya gulai tidak terlalu pedas hendaklah gunakan bilangan janggal cili. Anda harus menggunakan 7 atau 9 biji cili padi, bukan 6 atau 8. Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa anda perlu menambah 1 atau 2 tangkai cili padi sebelum dikisar atau ditumbuk. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk ditentukan.

Buangkan biji di dalam cili merah. Biji hanya akan membuat gulai lebih pedas. Lagipun, ia sukar hancur bila dikisar. Jika biji banyak, gulai juga tidak nampak cantik. Ini penting terutama sekiranya memasak untuk tetamu yang ramai. Gulai bersantan mudah basi. Jadi, petuanya jangan menutup periuk semasa gulai masih panas. Biarkan ia sejuk terlebih dulu.

Apa yang penting, mesti mencampurkan sedikit gula semasa memasak gulai ini. Selain mengurangkan rasa pedas yang menyengat, anda dapat seimbangkan rasa manis, masin, masam dan pedas. Jika menggunakan bahan selain belimbinggulai-pict.jpg buluh, masukkan juga sekeping asam gelugur sebelum mula memasak.

Jika hendak menggunakan jus limau kasturi atau limau nipis, masukkan setelah anda padamkan api atau selesai memasak. Kalau dimasukkan awal, santan akan terpisah menjadi bahagian pepejal dan cecairnya. Ini juga akan merosakkan tekstur gulai tersebut.

Comments (1)

10 Perkara yang Merosakkan Otak Anda

Diolah dari: Forum Anakku Sayang

1.Tidak mengambil sarapan pagi
- Tidak ramai yang gemar mengambil sarapan pagi. Apatah lagi ada di kalangan kita yang matahari dah di atas kepala baru nak bangun. (kira subuh kantoilah ni). Namun ada juga mak2 dan isteri2 yang sibuk untuk bersiap ke tempat kerja tanpa meninggalkan sarapan pagi buat si anak dan juga suami tercinta.
-Ini kerana apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah, lalu mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
-Kepada isteri2 dan mak2, sila ambil masa pagi anda selama 20minit utk hidangan breakfast utk keluarga anda.

2. Terlebih makan
- Makan terlalu kenyang akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
-Maka berhentilah makan sebelum kenyang..ingat pesanan Nabi kita ya adik2..

3. Merokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. Hentikan gejala merokok tanda anda sayang pada orang persekitaran anda serta diri anda sendiri.
-Katakan TAKNAK kepada rokok..

4. Pengambilan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
-Lainlah kalo anda ni seekor semut merah yang berkaki 6.

5. Menyedut udara yang tercemar
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
-Tarik nafas dalam2 sebelum melalui kawasan yang telah tercemar udaranya. Dan tahan sehingga melepasi kawasan ini.. Lebih digalakkan pakaian topeng sepanjang masa..

6. Tidur berlebihan
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Badan turut menjadi sangat letih. Untuk dewasa anda di rekomenkan tido 6 jam.
-Cukup2lah tu, masa baby dah tido hampir 12jam sehari..

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
-Cukuplah sekadar menutup mata anda dengan sehelai kain. Atau tinggalkan aje tabiat anda tido bersama bantal bucuk atau kain napkin busuk anda..Malu ah wei..

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
-Sila ambil mc dan rehat secukupnya di rumah atau bersiar2 sekali sekala.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
-Jangan pula imiginasi yang bukan2 sudah.. Be creative and innovative,k.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
-Sila bincang2 di forum ini atau ini (ceh..promotlah plak)

Leave a Comment

Suami dulu dan sekarang

Diolah dari: Utusan Online

“Bapa dahulu mempunyai ‘kuasa veto’ yang lebih dan bersifat tidak mesra alam dengan ahli keluarga. Cara didikan daripada nenek moyang yang mempengaruhi keadaan itu. Tambahan pula pada zaman tersebut, bapa dan suami menjadi sumber ekonomi keluarga yang utama, jadi semua ahli keluarga harus tunduk dan patuh padanya.”

Jom kita lihat apa lagi perbezaan antara Suami Dahulu dan Suami Sekarang..

Suami Dahulu:

  • Merupakan sumber utama pencari nafkah buat anak dan isteri. Urusan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak di tolak bulat-bulat ke tangan isteri. “Fifi, apa lari2 ni? Abah nak tido pun tak senang…Phang!!!..pergi nangis kat mak kamu tu..karang abah besit dengan tali pinggang ”
  • Tidak pernah mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir isteri dan anak-anak. “Hari ni 12 Februari, Esok 13 Februari, Lusa 14 Februari, yang awak ni beli coklat ngan bunga sejambak ni nak buat masak apa?”  
  • Amat kurang membantu isteri di rumah. “Ikut suka hati awaklah nak masak apa ayam tu. Ada otak, pikir2 sendiri..”
  • Punyai ego yang amat tinggi. Contohnya, berasa amat malu untuk membantu tugasan rumah tangga seperti menyidai pakaian. “Argh..takde kerja abang nak nyidai kain2 ni. Karang satu taman gelar awak tu Queen Control. “
  • Terlalu tegas serta tidak bijak menawan hati isteri. “Awak ni tak reti-reti nak ngemas umah? Pinggan-mangkuk tak basuh, baju bersepah2! Argh..Buat kopi kapal api pun lembab..Kalo macam ni abang balik umah bini muda lah.”

Suami Kini:

  • Pencarian nafkah, pengurusan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak dilakukan bersama-sama dengan isteri tercinta. “..ayang, anak kita dah tanggal tali pusatlah yang…ayang rehatlah, biar abang pigi mandikan baby kita”
  • Pandai mengambil hati isteri dengan mengingati hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari perkahwinan, hari pertemuan pertama dan juga hari lahir anak-anak. Pasti ada sahaja kejutan dibuat seperti menghantar hadiah seperti bunga, kek atau hadiah-hadiah yang pasti menjadi idaman isteri dan membawa makan di luar bagi meraikan hari tersebut. “..ayang suka tak, abang dah book hotel 5 bintang kat Madinah. Tahun ni, kita celebrate hari pertama ayang balas sms abang, kat sana ye? Kita terus buat umrah sekalilah ye..”
  • Ringan tulang untuk membantu isteri di rumah kerana memikirkan isteri juga penat setelah bekerja dan mencari nafkah di luar. “..ayang..abang dah masak nasi dah. air pun abang dah jerang. bawang merah, bawang putih abang dah kupas. lada kering abang blander..ayam yang abang kuarkan dah dari peti tu dah lembik abang rendam 2jam..apa kata ayang masak sambal ayam je hari ni. Senang sikit kerja ayang..”
  • Bertolak ansur dan turut menguruskan rumah tangga bersama-sama. “..hari ni biar abang mop lantai pulak.ayang sapu2lah rumah dulu ye..abang pigi bancuhkan air mop,k”
  • Mengasuh dan menguruskan anak dibuat bersama-sama isteri bagi meringankan beban isteri. “haha..ayang tau tak anak kita pancut kat muka abang masa abang tukar diaper dia. Abang rasa seronoklah pulak. Nanti anak kita berak ke, kencing ke, biar abang jelah yang handlekan,k.. “

Comments (3)

Suamiku seorang penggoda

Sumber: Utusan Malaysia Online

 

Di sebalik sikap tidak jujur suaminya itu, kesetiaan Wawa tidak pernah beralih arah sebaliknya Wawa selalu berdoa agar satu hari suaminya akan berubah.Berusia awal 30-an, Wawa dikurniakan sepasang cahaya mata berusia tiga dan lima tahun setelah bernikah sejak enam tahun lalu.

Berdasarkan pengalaman, apa yang peliknya kata Wawa bagaimana seseorang wanita itu dengan begitu mudah jatuh hati dengan lelaki jenis ini.

“Saya mengambil contoh suami saya. Dia tidak punya apa-apa, tidak kaya dan bukan bergaji lumayan. Tapi dia tetap menjadi buruan wanita. Orang yang tidak tahu sikapnya luar dalam tidak akan faham kerenahnya yang sebenar. Kita yang jadi isteri ini yang makan hati. Mana tidaknya, di rumah dia suami yang baik, lemah lembut, penyayang dan mengambil berat. Tapi di luar, dia seorang lelaki penggoda!’’ kata Wawa memulakan cerita.

Kenapa fenomena ini berlaku dan mengapa wanita terbabit tidak mahu memikirkan masalah yang bakal timbul akibat perbuatan mereka.

Inilah persoalan yang harus wanita fikirkan, kata Wawa.

Tambah Wawa, memang diakui susah mencari lelaki bujang pada masa ini. Selain faktor umur yang berbeza jaraknya, pasti kebanyakan lelaki yang hebat telah berkahwin. Mahu tidak mahu terpaksalah memburu suami orang.

“Ini dikuatkan lagi dengan senario di mana kebanyakan lelaki sekarang terutama lelaki Melayu berkahwin lebih daripada satu. Mereka bijak menyusun kata dan memujuk rayu. Inilah keistimewaan suami saya.

“Di depan kita, sayangnya macam tak mahu berpisah. Pendek kata kalau mati seorang dua-dua rasa nak mati sama. Tak cukup dengan itu, hendak satu liang lahad lagi.

“Kalau di rumah kita tak makan dia pun tak mahu makan. Nak makan beradab-adab sambil bergurau senda kononnya. Lagaknya macam baru kahwin seminggu. Begitulah ibaratnya.

“Tapi itu di rumah. Di luar rumah gayanya terus berubah, macam pemuda berumur 21 tahun sedang belajar memikat perempuan. Mana tidak cair jadinya wanita yang mendengar pujuk rayu tersebut kalau di ayat dengan macam-macam kata manis. Lentok habis! Silap haribulan sampai pagi tak dapat tidur asyik berangan,’’ tambah Wawa.

Menurut Wawa sebagai isteri yang berdepan dengan sikap suami yang kaki penggoda ini, dia ingin menasihati wanita yang ditimpa penyakit ini supaya berhati-hati.

“Jangan mudah cair dengan pujuk rayu lelaki penggoda jenis ini. Tidak ada faedahnya. Kalau rasa sanggup tempuh ujian getir, silakan. Kalau tidak, fikir masak-masak sebelum terbabit dengan suami orang yang jenis ini.

“Sebagai isteri kita mesti kuat semangat.

Jangan marah-marah, kawal perasaan. Saya mencadangkan isteri-isteri yang mengalami keadaan ini perlu buat kejutan untuk suami mereka. Hubungi wanita berkenaan, itu yang saya lakukan untuk memerangkap suami.

“Caranya mudah saja. Dapatkan senarai nombor telefon bimbit mereka yang meragukan. Kalau nampak nama pelik-pelik, itulah sasarannya.

“Cuba dail kalau ada peluang. Gunakan nombor telefon pejabat atau telefon awam sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak dapat dikesan. Kita mesti bijak, jangan gelabah,’’ kata Wawa.

Lelaki penggoda ini juga ujar Wawa, perasan diri mereka hebat, tampan dan gagah. Sanggup tak makan untuk hendak mengekalkan berat badan, berulang-alik ke gim menjadi amalan, malah sudah pandai ke salon kecantikan dan spa untuk menjaga wajah dan merawat badan.

“Hujung minggu selalu mengelak daripada membawa anak isteri keluar. Alasan nak pergi spa dan gim. Duit habis pun tak kisah. Dia lebih pentingkan menjaga penampilan daripada melayan keluarga.

“Kalau kita tegur, buat selamba sahaja, macam tidak ada apa-apa berlaku. Paling tidak, jawapannya: Alah.. suka-suka sahaja.’’

Seperkara lagi ujar Wawa, mereka cukup gembira kalau menerima pujian nampak lebih muda daripada usia sebenar.

“Itu yang buat mereka bergaya lebih macam orang muda. Sebagai isteri kita juga suka tengok sebab suami nampak lawa. Tapi lawanya bukan untuk kita di rumah tapi untuk wanita di luar yang tercari-cari tempat nak bermanja.

“Jika ditanya katanya dua-dua sayang. Mana boleh sama isteri dan teman wanita. Isteri sah, teman wanita tidak. Yang dulu patut didulukan. Isteri tetap nombor satu, perlu diutamakan.

“Bagi lelaki yang sudah ada cawangan lagi kuat lakonannya. Mereka cepat gelabah. Sekali dua mungkin boleh lepas tapi bila dah berkali-kali, watak sebenar muncul juga,” kata Wawa.

Itu masa belum dapat, bila sudah dapat lain pula ceritanya. Kalau jemu atau dapat umpan baru, kena pula cari alasan untuk mengelak daripada berjumpa.

Begitulah sehingga sampai masa lelaki itu akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Itu kalau mahu sedar dan insaf. Kalau tak alamat sampai pejam mata asyik jadi pelakon tambahan dalam drama yang direka sendiri.

Jelas Wawa lagi, mungkin satu bonus kalau suami mahu taubat dan kembali ke pangkal jalan dan tempat yang hendak dituju tentunya isteri pertama.

“Itulah yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya bersyukur, akhirnya suami insaf dan kembali ke pangkal jalan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Suami saya ingat dia bijak, rupanya bertemu buku dengan ruas. Dia rancang nak kikis wanita itu, sebaliknya dia yang kena kikis, sampai tinggal sehelai sepinggang, kita yang pergi kutip bawa balik. Sekarang baru tahu langit itu tinggi ke rendah!’’ selamba Wawa menamatkan ceritanya sambil tersengih.

  • Alangkah bertuah jika seorang lelaki boleh bertahan dengan seorang wanita dan masih bersama walaupun salah seorang daripadanya jatuh sakit.
  • Alangkah cantiknya juga hidup ini jika salah seorang sanggup berkorban tenaga dan menjaga antara satu sama lain dan membelainya dengan penuh kasih sayang.
  • Lelaki kuat nafsu ini panjang umur kerana mereka diberi masa untuk bertaubat. Mereka memang tidak takut pada azab akhirat kerana hanya fikirkan dunia yang berwarna-warni dan masih sempat untuk bersuka ria walaupun usia sudah masuk era Isyak. Wallahualam!
  • Oleh itu, wahai wanita-wanita di luar sana, awasi lelaki jenis ini. Bukan tidak boleh cari teman lelaki, tapi hati-hati. Selidik dulu latar belakang mereka sebelum hubungan terjalin lebih jauh.
  • Nilai pengorbanan seorang isteri - menerima suami seadanya. Berapa ramai isteri yang sanggup berbuat demikian dan berapa ramai pula suami yang sanggup bertaubat dan kembali ke pangkal jalan? Mungkin boleh dikira dengan jari.

Leave a Comment

Berscandal di Dapur

Tengahari tadi aku dengan senang hatinyer seperti selalu menyediakan juadah tengah hari untuk santapan aku dan suami. Barang dapur yang tinggal hanya ayam dan sayur kubis. Cukup untuk masakan tengah hari dan malam. For sure untuk 2 orang sahaja ler. Esok bolehlah kami keluar dating + shoping untuk memenuhkan kembali peti ais yang telah kekosongan.

Nak di jadikan post hari ni, sedang aku syok memotong sayur kubis yang telah tinggal separuh itu, tiba-tiba aku terperasan ada kotoran yang melekat di salah satu cebisan sayur tersebut. Sangkaan ku hanya kotoran biasa, lalu aku dengan bijaknya melurutkan cebisan sayur itu dengan jari telunjuk ku. Aku rasa peliklah pulak bila kotoran itu tidak mahu tanggal dari hujung jari. Lalu aku sentuh pula kotoran itu dengan ibu jari perlahan-lahan sambil mata fokus merenung kotoran berwarna merah itu.

Mau tak terpekik melolong aku, bila apa yang aku amati adalah 2 ekor lintah berwarna merah sedang melekat di ujung jari. E…geli cik leman betul.. Aku agak-agaklah, 2 ekor lintah itu sedang membuat scandal (mengawan) di atas kelopak sayur kubis itu.

Suami aku dengan lagak heronyer (ala-ala Superman menyelamatkan Louis Lane) datang sepantas kilat ke dapur apabila mendengar lolongan aku. Setelah menyiasat punca kes, suami aku terus mencari suspek yang berbahaya itu di dalam bekas yang berisi potongan2 kubis. Bukan setakat 2 ekor lintah yang di jumpainya, malah empat ekor lintah. E…meromang bulu tangan aku. Kesan lekatan di ujung jari masih lagi terasa.

Keempat-empat lintah itu akhirnya telah dikenakan hukum mati melalui sistem kumbahan dalam mangkuk jamban.  Haha..Flush sama mereka-mereka itu. Bijak betul suami aku, sekurang2nya bila di buang di dalam mangkuk jamban tidaklah lintah-lintah itu dapat membuat sarang di rumah kami.

Kubis pula terpaksa di buang kerana aku dan suami dapat merasakan ada lagi saki baki saudara-mara lintah dan telur2nya dalam kubis itu. Cuma malas je kami nak telek satu2. So tengah hari ni, makan nasi bersajikan ayam sahajalah.

Malangnya, separuh lagi kubis telah kami buat santapan semalam dan sarapan pagi tadi. Tidaklah pulak aku perasan ada makhluk itu ketika membasuh  sayur tersebut. Harap2 kalo ada pun, dah mati melecur kena masak. Lepas ni, gerenti aku tak beli lagi sayur kubis.

Akhir sekali, pesan aku buat diriku dan semua, rajin2kanlah diri make sure sayur yang di potong di rendam dan di taruk garam supaya ulat2 dan seangkatan dengannya mudah terapung dan di asingkan.

Leave a Comment

Chicken Chop

resepi-chiken-chop.jpgPotongan chicken chop ada juga yang dijual sudah dibuangkan tulangnya. Perapkan dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam selama satu jam. Pastikan ia dilap kering-kering dengan kitchen towel terlebih dahulu.

Membuat adunan salut lebih mudah menggunakan pemutar belon. Ini akan menghasilkan adunan yang halus dan tidak berketul. Caranya dengan meletakkan semua bahan kering dalam mangkuk.

Dengan sebelah tangan menuangkan air, sebelah lagi mengacau campuran tersebut. Pastikan ia tidak terlalu cair. Bila kepekatannya elok, pukul dengan kuat selama beberapa saat kemudian biarkan selama 10 minit.

Celup potongan ayam dengan memegang dua bahagian jika ia besar. Ini supaya potongan itu leper dan dapat menyalut seluruh ayam. Kemudian salut dengan serbuk roti yang diletakkan di atas pinggan leper. Pastikan setiap bahagian bersalut dengan serbuk roti itu. Anda boleh sediakan beberapa keping sebelum mula menggoreng.

Sangat mudah menyediakan serbuk roti di rumah. Hanya letak kepingan roti yang tidak dimakan di atas rak peti sejuk. Anda tidak perlu membungkusnya.

Biarkan selama tiga atau empat hari dan roti akan menjadi keras. Pecahkan menjadi kepingan kecil. Kemudian kisar hingga halus. Simpan di dalam bekas bertutup. Letak di bahagian bawah peti ais. Ia tahan lama.

Selain itu, anda boleh beli serbuk roti di kedai. Ada dua jenis. Serbuk roti yang berwarna kuning akan menghasilkan kulit chicken chop kuning keemasan. Serbuk roti jenis ini sangat rangup kerana ia mempunyai campuran tepung jagung. Untuk lebih wangi, campurkan serbuk roti dengan kelapa parut yang sudah digoreng kekuningan. Anda akan dapati chicken chop anda juga rangup.

Gorenglah dalam minyak yang banyak supaya mudah masak. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer yang berbakul khas. Jadi, sangat mudah bila hendak mengangkatnya. Untuk menggoreng dengan sempurna, pastikan api tidak terlalu kuat.

Bila ayam nampak keemasan, bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya. Keluarkan serdak yang masih ada dalam minyak sebelum memasukkan potongan lain. Serdak yang terlalu lama digoreng akan menjadi hitam dan melekat pada ayam.

Untuk membuat sos, perlukan batang saderi. Sebaik-baiknya gunakan bawang besar jenis putih (Holland). Bawang besar jenis merah pula hanya sesuai untuk membuat gulai dan sebagainya. Ini kerana rasanya yang lebih kuat dan boleh digandingkan dengan rempah atau cili.

Bahan paling penting bila membuat sos ialah mentega. Jangan gunakan marjerin kerana ia tidak sesuai.

Kacau mentega dan tepung sehingga hampir keemasan. Kemudian tuangkan air dan masukkan semua bahan lain. Jika menggoreng terlalu lama, campuran boleh menjadi hangus dan pahit. Jadi, langkah pertama itu sangat penting. Ia akan menentukan sama ada sos sedap atau sebaliknya.

Ramai orang keliru tentang air rebusan ayam atau chicken stock. Air rebusan yang asli atau tulen diperbuat dengan merebus saderi, bawang, lobak merah, biji lada sulah dan rangka ayam selama beberapa jam.

Kemudian biarkan semalaman. Buangkan lemak yang mengeras di permukaan. Masak hingga mendidih semula sebelum ditapiskan.

Jika anda tiada masa untuk membuat air rebusan ayam, campurkan satu kiub pati ayam dengan air panas secukupnya.

Anda juga boleh gunakan satu camca besar stok pekat dalam botol. Jika tidak memasukkan kiub, rasa sos kurang enak. Jangan letak terlalu banyak garam kerana kiub sudah agak masin.

Salah satu bahan penting adalah herba Italy (Italian herbs) yang dijual di dalam botol-botol kecil. Selain itu, boleh gunakan herba campuran.

Ia adalah campuran herba kering oregano, rosemary, thyme dan dill. Campuran ini memberikan aroma masakan Barat yang sungguh menyelerakan.chiken-chop.jpg

Bagi yang suka pedas, campurkan sedikit serbuk cili ke dalam adunan salut. Anda juga boleh tambah serbuk lada hitam ke dalam sos.

Jika mahukan sos berwarna gelap, campurkan lebih banyak kicap pekat atau kicap hitam. Sos ini boleh disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk dan dipanaskan bila hendak dimakan.

Leave a Comment