ISTERI

.:h@nya..sekaDar..luAhan..Rasa:.

Entries for the ‘ANAK KU’ Category

Anemia di Tahap Berjaga-jaga

15hb January yang lalu aku di temani suami telah pergi ke klinik desa meranti untuk lawatan kali ke-3 kami. Kali ni usia kandungan ku telah mencecah 6 bulan. Huhu, tapi perut still nampak macam wanita menangandung 4 bulan. Mungkin kerana kehamilan pertama, perut tak berapa nak mengembang.
Setiba aje di klinik, takdan aku nak melabuhkan punggung [...]

Comments (6)

Hubungan Kelamin Selepas Bersalin

Oleh: PROF. MADYA DR. SHAH REZA JOHAN NOOR (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
DI kalangan wanita Kelantan, lazimnya mereka tidak melakukan hubungan kelamin selama 100 hari selepas bersalin.
Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan khusus kerana ianya hanya amalan turun- temurun dari emak kepada anak.
Walaupun tidak melakukan hubungan kelamin, mereka tidur bersama [...]

Leave a Comment

Kesurutan yang Melegakan Hati dan Perasaan

Alhamdulillah.. setelah berjumpa dengan doktor dan menggunakan ubat sapu yang di syorkan, kaki ku yang bersaiz 9 itu kini beransur-ansur ringan dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang positif. Penyapuan ubat itu ke bahagian pinggul juga amat melegakan sehingga memudahkan aku untuk bertahtih kembali. Segala urusan rumah, ibadat dan kerja menjadi seperti biasa. Syukur21 pada Allah yang [...]

Leave a Comment

Kaki Gajah di Kaki Ku

Huhu..susah jugak jadi golongan ibu-ibu mengandung ni. Tapi apakan daya aku, demi zuriat buat suami, aku tabahkan hati untuk menghadapi segala liku-liku onak yang berduri ini. (cewah)
Sudah dua minggu aku menderita penyakit kaki besar. Alhamdulillah bukan penyakit untut yang dulu aku belajar di sebabkan oleh gigitan nyamuk jenis mansonia yang membawa parasit Filariasis. Bukan besar [...]

Leave a Comment

Aku Pengidap Anemia?

Baru-baru ni, aku kembali ke Klinik Desa Pulau Meranti sebagai lawatan kedua aku untuk pemeriksaan bayi. Lawatan kali ni tidak ditemani oleh suami seperti lawatan pertama aku yang lalu. Maklumlah suami aku selalu kerja malam, tido siang macam kelawaq a.k.a burung antu. Apa-apa pun aku tiadalah kisah kerana klinik tu pun dekat aje dari kawasan [...]

Leave a Comment

Suami dan Isteri

11hb December 2007
Tak boleh aku lupakan kenangan 4 hari yang lepas, tetiba aje aku terjatuh sakit. Entah apa silapnya. Sepulangnya aku dari pejabat, sakit perut cilit-bilit sudah datang menganggu. Mungkin sebab aku makan bermacam-macam makanan semalam. Dengan roti canai kosong, roti pisang, burger dan ayam KFC, biskut, buah kedondong dll. Perit betul sakit perut ni, [...]

Leave a Comment

5 Petua dan 5 Nasihat Buat Isteri Mengandung

5 PETUA
[1] Larangan memburu, menganiaya, berlaku kasar atau membunuh binatang kepada suami. Amalan ini harus dielakkan kerana dikhuatiri anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.
(isteri: lebih-lebih lagi haiwan peliharaan yang dok ada kat umah tu..janganlah dok ketuk kepala depa sebab kononnya geram tenghok dia chomel bangat…)
[2] Amalkan minum air kelapa. Sebaik-baiknya 9 bulan terakhir mengandung, [...]

Comments (2)

Klinik Ibu dan Anak

Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.
Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan memeriksa uterus @ bayi dalam kandungan anda yang [...]

Leave a Comment

Perkembangan Bayi (Minggu ke-17 hingga Minggu ke-28)

Minggu ke-17 - Rambut, kening dan bulu mata bayi mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Bayi telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Ibu mungkin mengalami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim pula akan semakin membesar [...]

Comments (1)

Perkembangan Bayi (Minggu pertama hingga minggu ke-16)

Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu ke-3 [...]

Comments (40)