Perkara Yang Perlu Di Elak dan Waktu-waktu Yang Sesuai Dalam Berjimak
Nov.04, 2009 in
RUMAH TANGGA
Berikut adalah panduan bagi perkara-perkara yang patut dielakkan dan waktu-waktu yang sesuai untuk bersetubuh bagi suami isteri. Bagi yang belum akad nikah, aku doakan anda dipertemukan jodoh dan dipermudahkan urusan walimatulurus. Amin.
Jom kita surver dulu 9 perkara yang harus dielakkan oleh suami jika ingin mendatangi isteri.
- Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.
- Jangan berjimak antara azan dan iqmah.
- Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.
- Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.
- Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).
- Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar atau kakak ipar).
- Jangan berjimak di atas loteng.
- Jangan berjimak pada malam kamu hendak keluar bermusafir.
- Jangan berjimak pada awal malam (sebelum isyak).
Berikut pula 7 waktu-waktu yang sesuai bagi suami isteri membuat anak.
- Berjimak pada malam Isnin.
- Berjimak pada malam Selasa.
- Berjimak pada malam Khamis.
- Berjimak sewaktu matahari di tengah langit (Orang makan tengah hari, dia makan bini).
- Berjimak selepas asar pada hari Jumaat.
- Berjimak selepas isyak pada malam Jumaat.
- Berjimak selepas membaca doa berlindung dari syaitan.

November 4th, 2009 at 8:21 pm
Seorang Muslim sentiasa terikat dengan adab dan hikmah melakukan semua perkara agar ianya menjadi ibadah.