“Susu ibu diakui memberi banyak manfaat kesihatan kepada bayi berbanding susu formula, tetapi satu kajian mendapati bayi perempuan mendapat lebih banyak faedah daripada susu ibu berbanding bayi lelaki.

Penyelidik melakukan kajian terhadap sekumpulan bayi yang dilahirkan denagn berat badan amat rendah iaitu dikalangan bayi pramatang di Buenos Aires untuk mengesan kesan perlindungan susu ibu terhadap jangkitan pernafasan dikalangan bayi.

Mereka mendapati bayi perempuan menyusu badan jauh lebih baik berbanding bayi lelaki yang mendapat susu sama dalam membentuk daya tahan daripada jangkitan pernafasan serius sehingga memerlukan dimasukkan ke hospital.

Ia termasuk masalah jangkitan perut atau usus, masalah penghadaman, penyakit kulit dan alahan serta kurangnya risiko pembentukan tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Beberapa penyelidikan juga menunjukan bayi yang mendapat susu ibu lebih cerdik.”

Petikan sumber di atas aku ambil dari salah satu forum yang aku lawat. Malangnya aku sendiri tak dapat nak aplikasikan kaedah penyusuan susu ibu kepada anak ku. Cuma sempat menyusukan anak 2 minggu aje semasa aku masih dalam pantang. Kemudian aku penyakit meroyan aku datang. Suami kata aku sendiri tak mahu menyusukan anak. Sian masa tu anak dah nangis laparkan susu. Tapi aku buat dek je. Kelam kabut suami aku pi cari susu formula dan sejak dari tu anak aku terus minum susu formula.

Sepanjang aku meroyan, aku rasa macam aku tidak di benarkan untuk menyusukan anak. Nak dukung anak pun suami dan mak mertua macam tak bagi. Dan bila aku dukung dan cuba menyusukan anak seolah-olah anak aku macam tak sudi nak menjamah susu aku. Dan setiap kali pandang muka anak aku, aku rasa macam anak aku tu jelmaan firaun. Haha.. tulah pengalaman aku kena meroyan. Fikiran aku tak berapa nak betul masa tu.

Dan bila aku di masukkan ke hospital, doktor bekalkan beberapa ubat mental buat aku. Sejak makan ubat doktor, penyakit aku berkurang tetapi aku still tak dapat nak menyusukan anak sebab aku makan ubat. Pengambilan ubat dikuatiri akan ada side effect pada anak.