Pengasuh oh pengasuh
Semalam seperti biasa aku pulang dari tempat kerja dan singgah ke rumah pengasuh untuk mengambil anak perempuan ku. Pengasuh tu nampak macam pucat je memandang wajah aku sambil mengendong anak ku menuju ke arah ku.
Alangkah tersentak hati aku melihat muka anak ku ada kesan lebam di bahagian hidung sebelah mata kanannya. Bila di amati ada cairan darah beku di dalam bebola mata anakku. Tanpa dipinta dan ditanya, si pengasuh terus menjelaskan yang dia sendiri tidak sedar bagaimana anak ku boleh jadi begitu. Apa yang dijelaskan hanya, anak ku duduk di dalam walker ketika dia sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur. Mungkin tanpa disedari, anak ku telah menghentak kepalanya ke walker hingga mukanya cedera. Aku tanpa banyak bicara, terus mengambil si anak lalu didudukkan di dalam car seat. Berkali-kali si pengasuh meminta maaf, dan aku hanya mampu tersenyum tawar.
Bersama suami, kami menghantar anak ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Mujurlah setelah diteliti oleh doktor, darah di mata kanan anakku itu tidak memudaratkan pengelihatannya. Kami diberi ubat titik dan ubat penahan sakit. Kata doktor dalam seminggu atau dua minggu darah dalam matanya akan berkurangan. Malamnya anak ku merengek menangis bila di titiskan ubat yang di beri doktor. Suami pula moody sepanjang malam. Yelah siapa yang tak marah, bila anak yang ditatang bagai minyak penuh jadi begitu. Aku pasrah ajelah. Mudah-mudahan anak ku lekas sembuh sepenuhnya.

November 21st, 2008 at 3:04 pm
Aduhai, bengangnya dengan pengasuh yang begitu. Memanglah malang tak berbau tetapi kalau boleh lepas ni cakap dengan pengasuh agar lebih berhati-hati. Nyawa tak der tukar ganti.
November 21st, 2008 at 3:25 pm
sedih hati tengok mata anak yang macam tak berapa nak betul tu.lepas ni, kalo jadi kes-kes macam ni lagi, sure tukar pengasuh yang baru..
November 21st, 2008 at 6:10 pm
sabar ye…saya pun ada pengalaman mcm tu juga,,,tapi, masa tu, anak saya berumur 3 bulan..dan saya perasan, tgn kiri dia tak leh nak angkat..tapi, saya pkr, mungkin sebab dia letih,,tapi, akhirnya bila 2 hari laps tu, baby saya kena sawan yang memaksa saya bawa dia ke hospital, dan tetiba je, tgn kiri dia jadi biru dan pucat.langsung bawa ke x-ray..syukur tak der pape.cuma terkehel..3 hr lpas dia kuar hospital, saya terus hntr dia kat tmpt lain…risau kan baby mcm tu..
November 21st, 2008 at 6:10 pm
hish..itu ler penyebab saya tak leh percayakan org lain selain dari keluarga sendiri utk jaga anak saya..sanggup genti keje nie hehehe…
tp lepas dah jaga sendiri nie..ahli keluarga pun tak caye gak hehehe pasal penah terjadi diorg leka dan anak saya terabai dgn begitu dasyat hehe..tak ler dasyat mana…cuma saya menyesal sampai skrg tak bawa anak2 dgn saya..
walau sesusah mana..saya tetap bawak..asalkan diorg ada depan mata saya…
December 17th, 2008 at 1:55 pm
Da sehat ke anaknya? tulah pengasuh dia bkn jaga anak kita mcm anak sndiri.
December 21st, 2008 at 10:54 am
Salam saudari.
Kesian budak tu. Barsabarlah…Mungkin inilah masa yang sesuai untu ambil alih tugas pengasuh…jaga anak sendiri. Barulah tahu susah senangnya jaga anak.
February 3rd, 2009 at 1:28 pm
err… ada possibility tak, mungkin pengasuh tu yg dera?
hmmmmmm…are you still gona send your daughter there? haih. don’t waste more money. o whatever it is, hope your daughter is recovering fast. take care!
February 25th, 2009 at 5:51 pm
Assalamualaikum…
Tak baik buruk sangka pada pengasuh…saya salah seorang pengasuh anak orang lebih kurang 10 tahun pengalaman menjaga anak orang.Mungkin orang tak tahu menjaga budak2 ni macam2 ragam..ada yang nakal,hyperaktif dan macam2 perangai.Saya jaga budak dari kecik umur lepas pantang lagi..saya buat anak orang macam anak saya sendiri..sebab saya selalu bayangkan kedudukan saya ditempat ibu bapa mereka.Mungkin orang ingat pengasuh ni jaga anak orang semata-mata kerana duit tapi kita kena ingat apa yang kita buat akan di soal di akhirat kelak.Jauh disudut hati..saya sayang semua budak2 yang saya jaga macam anak saya sendiri..sebab bagi saya hanya satu saja..apa yang kita buat hendaklah ikhlas..sampai sekarang saya tak dapat melupakan semua budak2 yang saya jaga..cuma tahun ini saya mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu…
March 2nd, 2009 at 7:06 pm
ya Allah jauhkan la dari terjadi perkara bukan2 nanti….
March 8th, 2009 at 6:45 pm
Salam,
Setuju dengan cdngan saudara Halim. Saya asuh sendiri anak ke2 dan ke3. Anak ke3 lebih lasak dan selalu terjatuh. Kekadang terfikir mcmanela kalau orglain yang jaga. Kemalangan mmg xdpt dihindarkan.
Apa yang lebih dikesalkan kiranya terjadi kemalangan, pengasuh perlulah menghubungi ibubapa dan segera membawa ke klinik berhampiran.
April 16th, 2009 at 8:01 pm
Salam,
Masa anak belum sekolah, anak tinggal dengan mak, bila masuk sekolah, ingat nak upah pengasuh untuk uruskan sekolah anak. Tapi rasa tak sanggup, so saya berhenti kerja, fokus uruskan anak. Tambahan pula, anak saya bukan seperti kanak-kanak lain.
Risau dengan pengasuh sekarang.
April 20th, 2009 at 8:41 pm
salam hangat dari indonesia,
semoga blog ini makin bagus,
kunjungi juga blog saya