30 Weeks Precnency
Masuk kandungan ke-30 Minggu, aku bertemu janji lagi dengan nurse-nurse klinik desa. Suami tidak dapat hadir bersama kerana ada hal lain. Aku pun tidaklah kisah. Setakat ni, masih mampu memandu sendiri terutamanya ke tempat kerja.
Lawatan kali ni macam biasa aje. Berat aku dalam masa 2 minggu naik 1.5kg lagi menjadikan berat total 52.5kg. Paras hemoglobin pulak meningkat 0.7gm% menjadikan total hemoglobin aku ke paras 9.8gm%.
Cerita pasal paras hemoglobin aku teringat pulak kat sorang ibu mengandung kena teguran dengan nada yang tak berapa sedap telinga aku nak dengar. Cam ginilah bunyinya..
Nurse: Awak ni, paras hemoglobin awak napa rendah? Ubat makan tak??
Ibu mengandung: Makan..
Nurse: Awak ambil ubat dengan air apa?
Ibu mengandung: Dengan air susu..
Nurse: Ha! Patutlah tak naik. Kami kan dah bilang, ambil ubat dengan air suam atau jus je. Ni amik dengan susu, serupa takpayah makan ubat! (part ni yang panas telinga aku dengar)
Setelah selesai giliran ibu mengandung tu, then giliran aku pulak di panggil. Memandangkan paras hemoglobin aku 9.8gm%. Kira masih di bawah 12gm% aku pun kena soal siahsat la juga. Cam gini pulaklah bunyinya…
Nurse: Em..naik sikit je ni. Ubat makan tak??
Isteri: Makan!
Nurse: Ambil ubat dengan air apa?
Isteri: Air masak..
Nurse: Lagi?
Isteri: Air masak je..
Nurse: Susu amik bila?
Isteri: Lebih kurang sejam sebelum makan ubat.
Nurse: Ha..Tu yang tak naik banyak tu. Lain kali ubat amik selang 4 atau 5 jam daripada air susu. Ni pun serupa macam tak makan ubat..
Em..aku ingat boleh terlepas dari kena teguran pedas dia. Tup-tup terkena batang idung aku jugak..Takpalah, kurang2 tak sepedas ibu mengandung yang tadi tu.. (ayat untuk melegakan hati sendiri)
Di samping teguran membinasa dari nurse, beliau juga berpesan supaya aku start prepare barang-barang persiapan untuk kelahiran bayi sulung aku. Aku juga di nasihatkan supaya membasuh semua pakaian bayi yang baru di beli seelok-eloknya dengan basuhan tangan.
Memandangkan everything is under control, so I will proceed with an appointment in the next 2 weeks with the same place and the same time…

Leave a Reply