Perkembangan Bayi (Minggu ke-29 hingga Minggu ke-40)
Setelah menempuh Minggu ke-1 hingga Minggu ke-16 pregnent, kendian Minggu ke-17 hingga Minggu ke-28 pregnent, pejam celik celik pejam aku dah masuk Minggu ke-30 pregnency. So berikut adalah update kali ketiga dan terakhir aku untuk Perkembangan Bayi untuk Minggu ke-29 hingga Minggu ke-40. Check it out.
Minggu ke-29 - Postur ibu kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan terutamanya di bahagian perut yang semakin memboyot. Kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak mata bayi juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
(isteri ~ Bakal ibu dan bapa digalakkan dengan lebih kerap mengalunkan surah Lukman (kebijaksanaan) dan surah Yusuf (kecantikkan) untuk dendangan bayi. Lagu2 rock dan heavy metal harap di elakkan sangat-sangat)
Minggu ke-30 - Ibu perlu banyak berehat. Jika tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan tidur awal dan mendapat tidur yang selesa.
(isteri ~Tips tidur: Angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya untuk menggurangkan kebengkakan dan menambah keselesaan)
Minggu ke-31 - Ibu akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perut. Manakala pada payu dara pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 - Bayi mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, ibu tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33 - Bayi telah memiliki rupa paras yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap.
(isteri ~ Kerapkan rehat. Berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana ibu mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar)
Minggu ke-34 - Kedudukan bayi betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 - Ibu akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol.
(isteri ~ Lakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim)
Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
(isteri ~ Bercuti dan enjoy your holiday with no work. Rest, rest and rest. Let job done by your husband)
Minggu ke-37 - Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu ke-38 - Ibu merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing terjadi.
(isteri ~ Rajin-rajinkan diri ke tandas dan kerapkan minum air kelapa)
Minggu ke-39 - Saat hampir bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
(isteri ~ Boleh juga terus letakkan packing barang2 ibu dan bayi di dalam kereta)
Minggu ke-40 - Minggu terakhir dan ini adalah minggu yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian bakal ibu dan bapa kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
(isteri ~Bersabar dan ku doakan semuanya selamat. Amin…)
Diolah dari : www.mengandung.com/newsletter/

February 28th, 2008 at 3:12 am
lari tajuk.. nak tanya dr azwan tu links sapa ye? awk kenal? nak tanya dia pasal prepaid..
February 28th, 2008 at 4:34 am
tak kenal pun dr azwan tu..just suka baca info kat blog dia..