Anemia di Paras Stabil
Lupa aku nak updatekan kisah lawatan aku ke klinik desa untuk kali ke-4. Bulan ni, aku di kehendaki hadir awal 9pagi pada 12 February untuk diperiksa. Semalam aku shift malam, jadi sepulang saja aku dari tempat kerja pukul 8:30pagi, aku terus memandu ke klinik.
Alhamdulillah, orang tidak ramai. Aku diperiksa macam biasa. Berat aku kali ni naik 3kg menjadikan total weight aku 51kg. Huhu..masa anak dara dulu aku pernah cecah 55kg. Dapatkah aku memecah record peribadi aku?? Kena tunggu kandungan aku capai 9bulan lagilah kot..
Ujian darah menunjukkan paras hemoglobin aku meningkat lagi.. 9.1gm%. Syabas buat aku kerana mencapai target walaupun masih di paras rendah. Mujur aku tidak direferkan ke Klinik Dengkil. Jika tidak alamatnya aku kena gi hospital untuk di cocok tang buntut kot..
Sebelum mengakhiri sesi lawatan aku kali ni, aku di beri suntikkan imunisasi kedua. Kali ni aku tak tahu untuk apa.. Dan akhirnya aku di lampirkan dengan sehelai A4 paper yang bercetak table2 yang banyak. Setelah diberi penjelasan, baru lah aku tahu yang sudah tiba waktunya untuk aku mencatatkan kiraan pergerakkan anak dalam perut aku.
Start pukul 9pagi aje, aku kena tandakan / untuk satu gerakkan baby. Kalo baby gerak lagi dalam 1minit after first gerakkan, aku tandakan lagi /… dan begitulah seterusnya sehinggalah tanda / genap 10 angka, lalu aku mencatatkan pukul berapa masa terakhir tanda / yang ke-10 itu. Mudah sajakan? Cuma jangan lupa dan kena selalu alert lah..
Cara ni, cuma untuk memastikan dalam masa 12jam, baby ada pergerakan. Dan jika selepas 9 malam (means tamat 12jam waktu alert pergerakkan baby), baby still tak mencapai 10kali gerakkan, aku di minta oleh nurse terus memecut berhati-hati ke hospital berdekatan. Ini kerana di khuatiri baby dalam kandungan lemas.
Apa pun alhamdulillah, setakat ni baby aku aktif bergerak. Pukul 1 tengah hari je dah habis aku count 10 kali gerakkan.
Lawatan aku seterusnya ditetapkan 2minggu akan datang. Ini kerana aku telah masuk 28 weeks pregnent. (kira dah 7 bulan aku ngandung). So kena lebih kerap melawat kliniklah lepas ni…
Pada petangnya aku dan suami bertehkat untuk scan baby kami di klinik berdekatan umah atas tujuan pengesahan jantina baby. Klinik yang baru di buka hampir 1 bulan itu, alhamdulillah mempunyai alat ultrasound dan juga merupakan klinik panel PM Care. So lepas ni, kalo aku sakit ke, boleh lah aku terus menuju ke situ.
Result scan sungguh mengujakan aku dan suami. Walaupun hitam putim dan blur-blur, dari kejauhan aku boleh nampak hidung, mulut dan matanya. Hehe.. Macam muka abah dia.. Dan jantina baby aku, sah perempuan. Huhu.. Seperti mimpi2 yang membayangi tidur aku… Dan juga gerak hati suami ku yang menyatakan aku bakal melahirkan anak dara… Orang tua kata, kalo anak sulung perempuan, alamatnya, cepatlah aku dan suami dapat menantu dan cucu..

February 26th, 2008 at 1:24 am
wah… scan dah nampak hidung eh..
yang tanda2 pergerakan tu doktor suruh ke?
February 27th, 2008 at 3:07 pm
macm nampak idung. idung penyek..hahaha..harap2 lahir comel jelah..
tanda2 pergerakkan tu, just nak pastikan setelah 7bulan kandungan keatas, baby ada gerak dalam tempoh 12jam every day. takut tetiba dah tak de nyawa plak sebab baby lemas.. nurse yang suruh. kiranya arahan dari doktor la kot.