Berscandal di Dapur
Tengahari tadi aku dengan senang hatinyer seperti selalu menyediakan juadah tengah hari untuk santapan aku dan suami. Barang dapur yang tinggal hanya ayam dan sayur kubis. Cukup untuk masakan tengah hari dan malam. For sure untuk 2 orang sahaja ler. Esok bolehlah kami keluar dating + shoping untuk memenuhkan kembali peti ais yang telah kekosongan.
Nak di jadikan post hari ni, sedang aku syok memotong sayur kubis yang telah tinggal separuh itu, tiba-tiba aku terperasan ada kotoran yang melekat di salah satu cebisan sayur tersebut. Sangkaan ku hanya kotoran biasa, lalu aku dengan bijaknya melurutkan cebisan sayur itu dengan jari telunjuk ku. Aku rasa peliklah pulak bila kotoran itu tidak mahu tanggal dari hujung jari. Lalu aku sentuh pula kotoran itu dengan ibu jari perlahan-lahan sambil mata fokus merenung kotoran berwarna merah itu.
Mau tak terpekik melolong aku, bila apa yang aku amati adalah 2 ekor lintah berwarna merah sedang melekat di ujung jari. E…geli cik leman betul.. Aku agak-agaklah, 2 ekor lintah itu sedang membuat scandal (mengawan) di atas kelopak sayur kubis itu.
Suami aku dengan lagak heronyer (ala-ala Superman menyelamatkan Louis Lane) datang sepantas kilat ke dapur apabila mendengar lolongan aku. Setelah menyiasat punca kes, suami aku terus mencari suspek yang berbahaya itu di dalam bekas yang berisi potongan2 kubis. Bukan setakat 2 ekor lintah yang di jumpainya, malah empat ekor lintah. E…meromang bulu tangan aku. Kesan lekatan di ujung jari masih lagi terasa.
Keempat-empat lintah itu akhirnya telah dikenakan hukum mati melalui sistem kumbahan dalam mangkuk jamban. Haha..Flush sama mereka-mereka itu. Bijak betul suami aku, sekurang2nya bila di buang di dalam mangkuk jamban tidaklah lintah-lintah itu dapat membuat sarang di rumah kami.
Kubis pula terpaksa di buang kerana aku dan suami dapat merasakan ada lagi saki baki saudara-mara lintah dan telur2nya dalam kubis itu. Cuma malas je kami nak telek satu2. So tengah hari ni, makan nasi bersajikan ayam sahajalah.
Malangnya, separuh lagi kubis telah kami buat santapan semalam dan sarapan pagi tadi. Tidaklah pulak aku perasan ada makhluk itu ketika membasuh sayur tersebut. Harap2 kalo ada pun, dah mati melecur kena masak. Lepas ni, gerenti aku tak beli lagi sayur kubis.
Akhir sekali, pesan aku buat diriku dan semua, rajin2kanlah diri make sure sayur yang di potong di rendam dan di taruk garam supaya ulat2 dan seangkatan dengannya mudah terapung dan di asingkan.

Leave a Reply