Ular Betina Masuk Dapur
Sejak dua menjak ni, aku asyik mimpi ular aje.. Masuk ni dah dua kali aku mimpi ular. Pelik dan risau jugak aku. Kata nenek aku, anak dara kalo mimpi ular maksudnya ada lelaki nak datang meminang.. Hai kalo isteri orang yang mimpi ular macam mana pulak ye nek??
Meh sini aku nak cite sikit mimpi2 ular aku…
Mimpi ular yang pertama, ular tu badan macam ular lidi tapi kepala pulak mirip kepada ular tedung. Kegemaran ular tu adalah menyorok di dapur dan tangkas bergerak. Sudah betul aku nak menangkapnya. Siap mak aku kena gigit oleh ular tu..
Kali kedua pulak, aku mimpi ratu ular yang bertelur 2 kali setiap satu jam setelah berasmara dengan manusia. Kegemaran ratu ular tu adalah membunuh manusia terutamannya lelaki.
Selepas aku ceritakan episode mimpi ular aku kepada suami, suami aku bilang, kalo isteri orang mimpi ular, maksudnya bakal timang cahaya mata..
Huhu..aku asyik mimpi ular betina je. Agak2nya anak sulung kami, pompuan kot.. Aku ni malas betul nak pi scan tengok jantina anak..

September 22nd, 2008 at 4:38 pm
Kena hati-hati juga.Ustaz syamsuri kata sebenarnya mimpi ular ditafsirkan ada sihir di bawa masuk ke rumah kita.. wallahualam.
October 9th, 2008 at 7:22 pm
mungkin jugak if mimpi ular ade rezeki nak dapat anak.
coz saya dalam mgu lepas ade mimpi ular.
smalam pergi test pregnancy kat klinik +ve.
alhamdullillah…..