25 perkara yang suami tidak suka
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. ie. “hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla “
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la jika nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak “
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan …”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak …. boleh singgah tak mana mana .. pleaze “
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools! atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”
10. Bercakap/bersembang/berforum group friendster dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber…. ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan “
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “.. oh baju-baju cantik tu jika untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. “sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. “.. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “… nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..lagi pun i nak jimatkan bil air bulan ni..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “.. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak … then today.. then tadi.. u tau tak… semalam u nak tau…. bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah … bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla… ini semua salah you. “
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. “.. eee u tau tak hubby i tu, malam-malam…”
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “.. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor… i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “.. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

February 9th, 2008 at 1:52 am
mmg lawak…gelak sakan baca..tahniah..briliant sungguh contents ni..mmg happening
greeting from perth
February 9th, 2008 at 8:48 pm
i paling suka yang ke-25 tu..mengarut tah sampai ke mana-mana bini dia….
February 11th, 2008 at 6:23 pm
tu la…btw..msia kt mana?
February 15th, 2008 at 4:33 pm
sy dok kat puchong je.
October 20th, 2009 at 4:28 pm
hermmm slalu gak terbuat benda2 ni… selama ni xsedar pon yg suami sebena nye xsuke… sebab dier asyik cakap baba sayang mama.. whatever happens hahahaha
November 3rd, 2009 at 11:24 pm
Biasanya kalau suami kerap kata itu x kena ini x kena, xsuka, baju tak gosok n tak pandai gosok atau something like that, bermakna dia dah ada spare part kat belakang cuma isteri je yang x tahu atau tak mau ambil tahu. Kalau baru2 kahwin semuanya okay belaka. so isteri sekali sekala check handphone terutamanya sms2,call out, miss call,recieved call(check juga nama2 yg kita x pernah dengar) terutamanya bila baru balik dari kerja or outstation.Check sekali resit2 hotel,restaurant n lain2 yg berkaitan(jangan terkejut jika anda dapati ada resit hotel untuk 2 orang n nama pd resit adalah nama awek tetapi ditandatangan oleh suami anda, cuma sebagai isteri bersangka baiklah sekiranya anda kuat iman).Check beg pakaian (lihat jika ada pakaian yang miss atau ada pakaian baru yang dibeli terutamanya brief etc)n jgn lupa check dalam kereta. Kadang2 ada tanda2 tinggalan seorang awek spt sepit rambut,helaian rambut, bau minyak wangi yg bukan dr suami kita.Berbalik pd hp tadi sekiranya ada call in dia xnak jawab depan kita,atau balas dgn sms sj.or pergi jauh2 dari kita bila nk jawab maknanya confirm ada orang lain atau pun jawab depan kita tapi hanya jawab hm..em..haa okay .Lepas tu die start enjin kete n keluar rumah sebab nak sembang jiwang2 n panjang ngan awek.seperkara lagi,sekiranya baru sehari dua balik dr outstation dah nak pergi pulak, kata ada hal kerja yg belum selesai siisteri jangan percaya bulat2,tanya apa urusan,dengan siapa dia nak jumpa. biasanya dia nak jumpa awek yang tunggu disana walaupun kata duit tak cukup tapi pergi juga.Tanya juga wlaupun kita tau dia akan bohong ngan kita. Takpe, suatu hari nanti apa yg dia bohong akan terbongkar juga bila kita perasan apa yg dikatakannya bercanggah di antara satu sama lain(tengok airmukanya akan berubah atau merah padam kalau perkara yg kita tuduh itu betul).Kata gi kerja tapi ada aktiviti sampingan dan ringan2 bersama dengan kawan2 yg berhibur sama berkaraoke ngan gro2 yg mencari suami kaya.(maaf..bukan semua gro camtu, ada yg terpaksa).Nak pulak tu geng2 bisnesman,ada duuit,pakai kete mewah.suami kita yg jadi broker pun mengaku bisnesman dengan awek,maklumlah naik kete kawan yg mewah,tumpang sekakilah,apa lagi awek pun tergila-gila sampai suruh cerai bini yg taat setia di rumah. dia nak ambil alih pula tak kira apa nak jadi ngan anak2,janji dia dapat suami kaya.Malangnye kdg2 sisuami masih cinta ngan isteri maklumlah hampir 20 tahun berkahwin. Isteri xpernah minta apa2pun pada suami tp si awek baru jadi girlfren dah minta macam2.Tapi ada juga suami yg bodoh bagi awek pakai kereta bini, bagi duit belanja,shopping sakan pdhal bini sendiri tak pernah bagi duit belanja, kalau bagipun, bila xcukup belanja ambik balik duit ngan bini so bini tak pernah berani nk belanja duit yg suami bagi kerana takut nak guna untuk keperluan lain sebagai talian hayat.Jangan terkejut juga bila saya katakan bahawa suami2 yg buat hal begini bukannya muda semuanya tua2 belaka iaitu 40tahun ke atas,kepala pun dh botak,ada yg dah diperingkat kubur kata mari,sungguh kesian kerana dah nak mati tapi tak ingat2 tuhan lagi.yg umur 40an perasan muda lagi,kononnya life begins at40.sepatutnya umur 40 kita menjadi matang dan bertambah iman tetapi bagi mereka ingin menjadi muda kembali walaupun anak2 dah besar.Sekali orang dah tahu kita buat jahat sampai bila2 pun orang tak percaya lagi kita walaupun kita dah baik.
Untuk pengetahuan isteri yg baik diluar sana suami2 yg begini biasanya memilih isteri yg nampak alim bertudung macam ustazah konon nak dapat anak baik2 tapi mereka sendiri pijak semut xmati.depan anak bini bukan main alim lagi macam alim kucing.Kalau di belakang bini tuhan aje yg tahu..satu lagi,mereka tidak akan mengaku apa yg mereka dah buat walaupun kita letak pisau kat leher mereka.
Bagi suami yang terbaca diruangan ini ..ingatlah pengorbanan isteri kita dari mula2 berkahwin terutamanya yg memulakan r.tangga daripada tiada apa2 hingga kita menjadi senang lenang.Jangan bila kita dah senang kita boleh berbuat apa saja,rasa diri hebat,ramai orang kejar. ingat suatu hari nanti kita akan mati.biarlah kita meninggalkan nama yang harum terutamanya untuk anak cucu kita nanti.
isteri: wah..pecah record. comment terpanjang…
November 4th, 2009 at 11:37 pm
ngapa my name n my e-mail masih tertera di laman ini.would you please delete it or how to delete it.the problem is my computer ni dikongsi ramai.sorry..I ni buta komputerlah..
isteri: nama dan email adalah required info yang wajib diisi sebelum post komen dalam blog ni. Tapi email hanya admin je yang boleh lihat. saya dah ubah nama awak kepada nama lain.