Huhu..dengan kenaikkan harga emas sehingga RM101 segram membuatkan suami ku mencadangkan supaya aku memilih gelang emas buat bayi kami kerana berkemungkinan harga emas bakal mencecah RM120 segram apabila harga minyak naik kelak.

Kedai emas yang selalu menjadi pilihan suami sudah tentu Poh Kong. Aku sangkakan ingin melihat-lihat aje rekaan bentuk gelang buat si kecil. Tup2, suami dah settle bayar untuk gelang emas tu.. (aku pulak satu, kalo dah tengok emas, ye kan aje…)

Oit cik abang..Baby dalam perut pun belum tau perempuan atau laki. Agaknya suami aku dapat mimpi aku beranak baby perempuan kot..

Tapi kiutlah gelang baby tu..siap ada loceng lagi…kalo aku beranak sulung lelaki, alamatnya kena prepare untuk proses mengandung sekali lagi ah.. haha..

:( ..Bilalah suami aku nak dapat mimpi untuk hadiahkan gelang untuk aku pulak..