Cat Show at Megamall, Midvalley
Pagi tadi aku bersama suami pergi Midvalley. Cadangannya untuk berjumpa kawan-kawan di sana, namun malangnya kawan-kawan yang di tunggu tak nampak batang idung. Aku tidaklah kisah sangat, pasai bukan kawan-kawan aku pun. Yang naik hangin satu badan, suami aku lah..
Untuk meredakan ketensionan, aku bawa suami ke International Cat Show di tingkat 3. Macam masuk zoo kucing pulak, kena charge RM3 seorang kerana kami adalah orang dewasa, bukan kanak-kanak yang hanya di charge RM1, bukan juga pelajar sekolah beruniform, OKU hatta Warga Emas yang dibenarkan masuk secara percuma..
This is the first time kami ke Cat Show. Cam gini rupanya pertandingan kucing…Oklah.. Walaupun crowded dengan orang ramai tapi melihat kechomellan dan kegemukkan kucing2 dalam sangkar menjadikan hati sedikit tercuit..Tapi aku geramlah pulak, kucing2 tu semua asyik tido aje. Mentang2lah obesiti..Dah tak larat nak layan tetamu yang hadir kot.
Aku adalah tersua dengan seorang breeder yang aktif sangat bercakap dengan tetamu yang hadir sambil mempamerkan kucingnya yang bakal dijudging oleh pengadil. Aku pun ambil kesempatan tu, untuk mendengar kechelotehan nya.
Breeder tu cakap, setiap kucing akan memilih satu sahaja khadam di antara banyak-banyak anggota keluarga kita (yang tinggal sebumbunglah). Khadam ni bukan hamba ke apa..kiranya, kalo kita terpilih jadi khadam dia, si kucing ni akan beri layanan special bnyak sikit kat kita berbanding ahli2 keluarga yang lain. Haha..patutlah, si Musang aku yang seekor tu asyik follow je mana aku pergi, hatta ke toilet sekali pun. Aku dah jadi khadam pilihan dia rupanya..Haha..Macam2 feel si kucing ni.
Apa yang aku lihat, setiap kali tetamu ingin menyentuh kucing, pemilik kucing akan spray dahulu telapak tangan tetamu dan hanya badan sahaja diberi kebenaran untuk dibelai. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman. Wah2..menyampah aku..
Sebelum pulang, kami sempat membeli alat mainan berbentuk tikus buat Musang. Suami aku yang recommend kan. Hai, dia nak buat menyakat si Musang lah tu..

May 12th, 2009 at 1:48 am
ai..saya tertarik dengan cerita awak..cerita tentang ayam xd ke..
ni blog saya..jangan lupe komen k..
http://exoticbantamsbreeder.blogspot.com/