Asma dan Anemia
Semalam aku dikejutkan dari tidur dengan panggilan daripada abah mertua ku. Beliau memaklumkan sepupu ipar aku, Balqis yang baru berusia 3 tahun telah di masukkan ke wad icu di Hospital Klang Tunku Ampuan Rahimah atas sebab asma yang teruk.
Selepas zohor, abah mertuaku bersama isterinya datang ke umah ku untuk ke Hospital Klang menziarahi Balqis. Cuaca hari tu agak panas sehingga bahangnya sampai ke dalam rumah.
Setiba aje di Hospital Klang rupa2nya waktu melawat dibuka untuk sesi petang adalah pukul 430pm until 7pm. So terpaksalah kami menunggu setengah jam lebih sebelum dapat melepaskan hajat bertemu Balqis.
Pertemuan dengan Balqis hanya dibatasi dengan cermin tingkap. Kami sebagai saudara maranya tidak dapat masuk ke bilik Balqis. Yelah.. icu katakan. Untuk mengelakkan jangkitan kuman, hanya ibu bapa sahaja dibenarkan keluar masuk wad icu. Dari jauh aku lihat Balqis merengek-rengek. Tentu saja dia tidak selesa dengan wayar2 yang berselirat di tangan, badan, hidung, mulut malah di saluran air kecilnya juga. Huhu..sian aku tengok dia dalam keadaan mcam tu. Kalau lah aku berada di tempat ibunya, mau berendam air mata aku.. :(
Hari walaupun sudah petang, namun cuaca masih panas berbahang. Aku yang dari tadi asyik dok berdiri mengintai dari jendela, berkali-kali menguap. Aku pun pelik apasal aku asyik menguap. Nak kata tido tak cukup, aku bangun lewat hari ni. Setelah hampir 10 kali menguap, pandangan mata ku berpinar-pinar. Dalam hati, aku agak risau kalo-kalo aku tetiba jatuh terjelepuk pingsan di depan mak dan pak mertua. Aku genggam tangan suami dan memberi beberapa hint padanya supaya paham yang aku tak berapa nak sihat. Mujur juga kami semua sudah mula nak beransur pulang.
Perjalanan menuruni wad icu yang terletak di tingkat 6 itu, dibimbingi oleh suami. Aku time tu memang dah tak nampak muka orang. Alhamdulillah setiba di ground floor, kami singgah di kafe hospital. Aku memesan sebotol 100plus untuk mengembalikan tenaga ku. Mak mertua pula menghulurkan aku sebun pau kacang untuk aku. Ayah Balqis pun ada sama makan bersama kami. Rupanya, dari pagi tadi mak dan ayah Balqis tak sempat mengalas perut mereka.
Dari apa yang aku dengar Balqis mungkin akan keluar hospital pada malamnya. Segala wayar yang berselirat pun sudah mula di cabut satu persatu.
Buat Balqis, semoga kamu cepat sembuh agar senang hati ibu bapamu.

Leave a Reply