Anemia di Tahap Berjaga-jaga
15hb January yang lalu aku di temani suami telah pergi ke klinik desa meranti untuk lawatan kali ke-3 kami. Kali ni usia kandungan ku telah mencecah 6 bulan. Huhu, tapi perut still nampak macam wanita menangandung 4 bulan. Mungkin kerana kehamilan pertama, perut tak berapa nak mengembang.
Setiba aje di klinik, takdan aku nak melabuhkan punggung ku untuk menunggu, buku merah ku terus di periksa dan macam biasa aku di minta untuk check air kecil dan mengukur berat badan.
Alhamdulillah air kecil ku ok dan berat badan ku pula 48kg. Cuma naik 1kg sahaja dari bulan lepas. Nurse bertugas terus mengambil darah dari jariku untuk di test kepekatan paras hemoglobinku. Walaupun keputusan menunjukkan peningkatan paras hemoglobin dari 8.1gm% kepada 8.8gm% namun result masih belum cukup memuaskan. Akhirnya aku di kerah ke Klinik Dengkil untuk rujukan doctor di sana setelah mendapat suntikan imunisasi bagi kancing gigi.
Setiba di Dengkil, sekali lagi darah aku di ambil satu tiub untuk di test mengunakan mesin khas. Hasil ujian tetap sama. Doktor memberi tempoh sebulan lagi kepada aku untuk meningkatkan paras kepekatan darah ke 10gm%Â kalo tidak aku akan di rujuk ke hospital untuk suntikkan menaikkan kepekatan darah.
Dari apa yang aku fahami, kepekatan darah amat penting terutama ketika aku sedang mengandung kerana dari darahlah nutrient dan oksigen di salurkan kepada bayi secukupnya. Antara amalan pemakanan yang digalakkan oleh doctor:
1] Amalkan makan lebih kerang rebus (2hari sekali), sayuran hijau terutamannya bayam, hati ayam, kacang goreng, ikan bilis.
2] Jauhi makan kuning telur kerana ia menghalang menyerapan zat besi ke dalam darah.
3] Jauhi peminuman berkafein seperti Nescafe, kopi, tea dan produk soya.
4] Amalkan peminuman susu segar atau susu tepung (anmum, anelene dll)

January 18th, 2008 at 6:11 pm
Simpati pada anda. Semoga ujian ini menjadikan anda ibu yang pengasih dan penyayang kepada bayi itu kelak. Jaga diri bebaik.
Makanlah makanan yang berkhasiat. Cuma kalau nak pekatkan darah, ambil sahaja makanan laut dan makanan lain selain hati. Dalam al-Quran pun ada sebut, minta elak memakan organ dalaman binatang, tidak elok untuk kesihatan apatah lagi bayi. Malahan saya pernah membaca satu blog ttg bayinya yang kekurangan darah, diberi makan hati, akhirnya memudaratkan pemikiran dan mata. Anda harus menjaga pemakanan dengan baik, rujuk kepada doktor, kalau boleh doktor yang beragama Islam. Rujuk juga kepada orang yang tahu bab agama.
Saya pernah memabaca buku tentang kesihatan dalam Islam. Tak ingat siapa penulisnya. Dia berkata bahawa hati memang harus dielakkan. Yang mengatakan bahawa hati baik untuk kesihatan adalah mereka yang mempunyai agenda tidak baik terhadap Islam. wallahu a’lam.
January 20th, 2008 at 3:29 am
terima kasih bayan,atas nasihat anda. Dulu pun saya ada terima email pasal cerita baby makan hati tapi tak baik2 dari penyakit kekurangan darah dia. lepas makan ikut perubatan islam, baru elok.. tapi dah ilanglah email tu.
oklah lepas ni, kena hentikan pemakanan hati. kena rebus kerang ah hari2..
January 20th, 2008 at 9:28 pm
Sangat berguna membaca tips-tips dari blog anda mengenai soal wanita dan sakit puan.. Saya juga adalah seorang yang bergelar isteri, tapi masih belum bergelar ibu. Baru mendirikan rumah tangga besama suami tercinta lebih kurang 9 bulan.
Terima kasih isteri kerana taruk link ke blog saya yang tidak seadanya itu, diharap kita dapat berkongsi pengetahuan.. keep in blogtouch!
salam perkenalan.
January 21st, 2008 at 2:21 am
wah…bunyinya mcm menakutkan juga ye…nampaknya ini satu pengetahuan baru untuk saya. maklumlah saya baru bergelar isteri. kena tahu juga benda2 mcm ni.
January 21st, 2008 at 5:49 pm
thanks sebab berikan info. best website u ni.
January 22nd, 2008 at 3:30 pm
jareyj and ladymariah, semua info ni just my pengalaman aje..and little research to improve my knowledge. thanks for the visit.
jareyj, walaupun belum bergelar ibu sudah jadi mama kucing yang berinformasi.