Alhamdulillah. Hari ni aku completed mengemaskini dan menyusun sebaik mungkin satu-satunya website aku. Memandangkan ini lah website pertama aku, banyak perkara yang aku belajar melaluinya.

Mungkin one day aku boleh open satu lagi categories untuk kongsikan pengalaman aku berblog khas untuk blogger baru yang tak berapa nak pandai macam aku. Al-maklumlah, aku ni baru aje tak sampai 5 bulan belajar-belajar membuat blog sendiri. Kalo bukan dek kerana suami aku merupakan provider blogmas.com, tak hinggin aku tulis blog. Baik aku still aje tulis diari secara manual like I just did since aku Tingkatan 1.

Apa pun pengalaman pertama membuat blog sendiri ini memberikan aku perbezaan yang ketara. Yelah, mana leh samakan antara manual dan auto (digital). Blogging with blogmas.com making me more confident to continue my article berbanding pembukaan blog aku di friendster yang kini tinggal hangat-hangat tahi lembu.

Apa pun sekali lagi, bukan mudah juga aku nak belajar cara-cara betul dan senang memblogging ni. Terima kaseh pada suami yang banyak membantu menjadi kaunter pertanyaan buat aku. (Eleh, aku asyik kena marah aje, kalo tak paham apa beliau sampaikan. Aku bagi suami aku 5 1/2 star over 10 star dalam bab-bab mengajar ni)

Apa pun buat kali terakhir, semoga isteri.blogmas’s reader senang hati dengan perubahan ini dan sudi-sudilah datang kembali melawat rumahku ini. Segala comment anda amat dialu-alukan dan disenangi oleh puan rumah isteri.blogmas.

Sekian.