Video Sudirman - Ding-Ding Gale

Lirik Sudirman - Ding-Ding Gale

Ding-ding gale minah anak Pak Mat Kole
Mahu bikin tunang tapi banyak yang menghalang

Dari Kuala Lumpur mahu pergi Pulau Pinang
Hati dalam ingat mahu masuk meminang

Sampai Pulang Pinang sibuk sini sibuk sana
Jumpa sama Pak Mat dia tolak mentah-mentah

Ingat mahu kawin lari sama minah sudah pakat
Belum sampai Sungai Petani kami sudah kena tangkap

Kereta pun di tahan polis periksa seluruh badan belum habis periksa saya lari lintang-pukang (2x)

Lari lah punya lari orang cakap serupa hantu
Kalau masuk sport tentu saya nombor satu

Nasib saya kurang baik sudah langgar sama batu
Polis mari tangkap baju

Bila dah kena tangkap kami di bawa ke balai polis
Sampai di balai polis minah tak henti menangis
Terus saya di pasang gari kini duduk di kandang salah

Tigalah paku tanya kenapa awak culik minah
Sumpah saya cakap dia yang ikut saya
Minah dengar naik radang muka merah macam udang
Dia terpekik terajang katanya saya temberang

Hari bicara sudah pun sampai saya di dapati bersalah

Rumahlah 3 tingkat hai pintu beratus ribu memberlah punya ramai tapi semua nak keluar dulu (2x)

Kesallah punya kesal duduk bilik makan roti
Dada semput otak bantut kalau dah salah kena kutuk