Misteri Musang yang Hilang…
Semalam aku shift petang, dan seperti kebiasaannya aku balik pukul 1030mlm. Hari ini suami aku telah menjemput aku pulang dengan motosikal yang dicintainya pada suatu ketika dahulu.
Sepulangnya aku dari pejabat, aku memasuki alam rumah tiada tangga ku yang telah aku tinggalkan selama 8jam. Tiba-tiba aku merasakan kepelikkan yang melampau apabila aku rasai kehadiranku ke rumah itu tidak disambut oleh Musang seperti kebiasaannya.
Setelah menyoal balas dengan kadar segeranya antara aku dan suami, suami ku dengan wajah yang cuak menyatakan bahawa ketika dia bangun tidur untuk menjemput ku, Musang sememangnya sudah tidak kelihatan. Kami yang kerisauan atas kehilangan misteri ini memulakan sesi pencarian Musang dari hujung dalam bilik hinggalah ke hujung luar rumah.
Oleh kerana Musang dan suami aku tidak geng, setiap kali suami ku memekik nama Musang, tentu ajelah
tidak bersahut. Akhirnya aku saja gagahkan diri keluar rumah untuk menyeru nama Musang agar dia kembali kepangkuan kami. Berpusing-pusing aku menyeru-yeru nama Musang di sekitar rumah malam itu, namun hampa belaka walaupun sekali sekala, ada juga aku terdengar sahutan ku berbalas. Aku kira mungkin Musang sudah di culiq orang dan kini terkurung di dalam salah satu rumah jiran ku. Ingin saja aku mengetuk setiap rumah yang terdekat, lalu bertanyakan tentang kehilangan Musang yang menjadi tanda misteri buat aku dan suami.
Akhirnya aku hampir berputus asa dan kembali ke dalam rumah. Aku menyeru kembali nama Musang dari tingkap rumah yang aku baru saja aku buka. Tiba-tiba, suara Musang menyahut sayup-sayup. Kali ini lebih jelas dari sebelumnya. Dalam fikiran ku, tentu sekali jiran sebelah rumah ku telah menculiq Musang kesayangan kami itu. Aku kembali ke luar rumah, manalah tau kot-kot Musang ada di dalam longkang dan sengaja aku memekik agar tuan rumah dengar dan perasan tentang kehilangan yang misteri itu.
Suara Musang yang bagai biskut chip-more (kadang- kadang ada, kadang- kadang tiada) itu semakin lama semakin pelahan. Aku sekali lagi menyeru nama Musang di tingkap tetapi kali ini dari luar rumah. Akhirnya aku dengar ada cakaran kuku bergeser dengan papan. Oh….. Musang berada di dalam rumah rupanya.. Akan tetapi di mana sik??
Misteri yang menghantui hidup aku dan suami akhirnya terungkai dengan penemuan jasad Musang yang masih bernyawa di dalam laci cabinet TV yang tidak bertelevisyen. Barulah suami aku mengakui bahawa dia ada membuka laci cabinet itu untuk mencari dokumen surat-menyurat.
![]()
Aku memeluk erat Musang dan sangat 23 x bersyukur dengan sekembalinya Musang kepangkuan ku. Aku peluk dan cium suami Musang dengan harapan agar aku tidak kehilangannya lagi dan hidup bahagia bersamanya selama-lamanya.. (happy endinglah konon..)
.:TAMMAT:.

December 26th, 2007 at 1:35 pm
wah…banyaknyer entri yang saya tak baca. Maaf ek, lama takjengah blog ni. Busy memanjang. lagipun blogmas bermasalah kan? (tanya la suami kamu tu kalau tak caye…hehehhe)
apa pun, jaga diri bebaik. Apa sahaja yang berlaku sepanjang proses mengandung adalah ujian Allah s.w.t yang bakal memberi kesabaran dan ketabahan buat kita. Apabila baby lahir nanti, lagi banyak perkara yang unpredictable yang akan berlaku…Masa tu kita dapat nilai kemampuan dan siapa diri kita sebenar - jadilah cermin yang baik buat bakal baby.
December 28th, 2007 at 9:15 pm
Blogmas bermasalah sebab Suami sibuk tidak bermasa agaknya.
Huhu..sungguh mendebarkan menanti saat2 baby keluar dari perut. Terima kasih for the advise, Bayan.