Tempoh hari ketika aku dan suami pulang ke Perak (kampung belah ayahku), kami telah membawa sekali Musang, kucing separa Siam kami untuk mengikuti perjalanan jauh kami. Yelah takkanlah nak biarkan Musang dok umah 2,3 hari tanpa di temani tuannya…

Perjalanan pulang kami pukul 8 mlm tergendala kerana brek belakang yang kononnya Bagai Musang yang Chomeltelah dibaiki pada petangnya menunjukkan tanda2 tidak selamat digunakan. Habis segala bunyi dentuman dan gegaran kedengaran sepanjang tak sampai sesuku perjalanan kami menuju ke Perak. Suami aku bertindak dengan bijaksananya berpatah balik menuju ke workshop di Puchong untuk tindakkan lanjut worker yang bertugas. (Aku dalam hati sungguh sedih takut2 tak sempat nak balik beraya)

Alhamdulillah walaupun esok hari raya haji, workshop pilihan hati suamiku itu still buka kerana sedang membereskan sebuah lagi kereta yang tergendala. Setelah di teliti oleh pomen yang lebih bijak dari yang sebelumnya, rupa2nya tayar kereta hadapan kancil kami hampir2 aje nak tercabut. Pelik aku apa kena mengena brek tayar belakang dengan tayar depan???

azean.jpgMujur tak da kemalangan yang terjadi. Sambil-sambil menunggu kereta dibaiki, aku lepaskan aje Musang berkeliaran di sekitar workshop. Habis kotor muka dan kaki Musang dan sempat juga aku lihat ada calitan minyak itam di pipinya. Hai, chomel betul macam tahi lalat Azean Irdawatylah pulak..

Perjalanan kami diteruskan menuju ke rumah emak mertuaku di Cheras untuk meminta restu balik dan mengucapkan salam aidiladha. Akhirnya kami bertolak pulang dalam pukul 12 tengah malam untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya. Namun hampa juga bila melalui area highway Rawang yang sedang dalam construction. Daripada 3 jalan bertukar menjadi 1 jalan. Patutlah sesak taknak mampus… Perjalanan kami yang sepatutnya mengambil masa 3 jam menjadi 4 jam lebih. Mujurlah Musang tak cerewet sangat dan sentiasa tido di riba ku (bagai baby baru satu hari lahir) sepanjang perjalanan itu. Hai..senang hati aku.

4.30 pagi kami sampai di rumah nenek ku tanpa sebarang kesesatan. Haha, kami sudah pandai berdikari untuk balik ke kampung rupanya. Hai..dulu senang aje membiarkan emak dan ayah yang memandu, kini giliran aku dan suami pula kena menghafal jalan2 kampung masing2.

Sedang-sedang aje kami sampai, aku terus membereskan rebusan ketupat yang ketupat.JPGditinggalkan oleh makcik ku yang beranak 4, yang tido kepenatan setelah memasak juadah untuk esok hari. Rumah nenek dan atuk walaupun tiada bertuan rumah (tuan rumah tido di hospital), meriah juga dengan pakcik makcik ku yang bergilir2 menjaga dan mengelolakan masakan untuk anak dan menantu serta cucu dan cucu menantu nenekku. Musang pula aku letakkan di dapur dan dia terus menyambung aktiviti tidonya tanpa sebarang kerenah. Setelah berborak-borak dengan emakku yang telah sampai pukul 1 pagi, aku dan suami makan-makan mengisi perut sebelum tertido lebih kurang pukul 6 pg.

Aku terjaga sebelum pukul 7 pagi menunaikan solat subuh dengan segera. Ramai yang mengabaikan solat kerana tertido. Si Musang pula sudah terjaga bila melihat aku ada. Habis dilompat-lompatnya manusia2 yang sedang tido hingga membangunkan pakcik ku yang beranak 5. Nasib baiklah pakcik ku yang beranak 5 itu juga gemarkan kucing hanya terkejut dan tersenyum melihat kechomellan Musang. Rupa-rupanya pakcik ku yang beranak 5 itu turut membawa 3 ekor kucingnya yang tak berapa nak chomel dari Alor Setar.

Pagi raya, emak ku sorang sahaja menunaikan solat sunat aidil adha. Suamiku masih berdengkur dan aku pula menolong makcikku yang beranak 4 menyiapkan sarapan dengan memanaskan semua lauk pauk serta memotong2 ketupat yang telah siap di rebus. Musang pula terpaksa melayan karenah cucu2 nenek ku yang kecil. Habis di ramas, di usap dan di belai badannya. Masing2 cuba menambat hati Musang yang makin lama makin pening melihat ramai orang di sekelilingnya.

Di pendekkan cerita, aku dan suami pulang ke Ulu Yam Baharu, (kampung belah emakku) pada raya haji ketiga dengan sekali lagi membawa Musang bersama. Hajat hati ingin sajakucing-makan.jpg meletakkan Musang pulang ke pangkuan keluarganya di sana. Sudah hampir 2 bulan Musang tidak bertemu dengan adik2 dan abang2nya. Akhirnya penantian untuk menyatukan kembali mereka menjadi suasana melucukan bila Musang bersikap garang dengan semua saudaranya. Paling aku tak tahan bila Musang mengambil alih makanan nasi bergaul ikan goreng saudara-saudaranya manakala saudara-saudaranya pula mentekedarah Friskies Musang yang ada aku bawa bersama…

musang.jpgAku di maklumkan oleh Makcik ku yang beranak 3 bahawa ibu kepada Musang sudah mati dilanggar motosikal atuk belakang umah. Aku dan suami mulalah membuat dialog2 lucu untuk Musang.

Musang: Wahai abang2 ku, di manakah ibu kita yang beranak 18 itu???
Abang sulung Musang: Oh adikku yang chomel lagi kiut, ibu kita sudah dilanggar atuk jiran sebelah.. :(
Abang kembar musang: Kami memang mahu cuba menghubungi kamu, Musang. Tapi kami apakan daya kamu dok jauh di bandar, kami pula kucing kampung yang miskin….
Musang: Oh ibu…mana kubur ibu… Ibu…Musang mintak ampun tak jenguk ibu 2 bulan. Ampunkan Musang kerana menjadi malin kundang… Uwaahaaaaa..

friekies.jpgAkhirnya aku dan suami mengambil keputusan untuk menjaga terus saja Musang. Maka tidak jadilah aku korbankan Musang di raya haji kali ini. Kalo nak aku comparekan dengan adik dan abang2 nya yang lain, banyak betul beza badan Musang. Hanya dalam masa dua bulan aje, melalui pemakanan Friskies Musang sudah nampak chantik berbeda dengan pula dengan saudara2nya yang lain, HUDUH!!!