Huhu..setelah baik dari demam (mc 2 hari), aku berkerja 2 hari kendian aku cuti panjang 6 hari atas kepandaian aku memprogram annual leave aku yang perlu aku habiskan untuk tahun 2007. Kalo tak, burn katak ajelah cuti aku.

Aku pun telah sihat sempurna dari demam dan segala ubatan telah sempurna aku habiskan. Kini tibalah masa untuk aku enjoy berhari raya haji. (Hidup mesti ENJOY!!!)

Raya Haji tahun ni, kami akan pulang ke Ipoh, Perak (kampung belah ayahku). Itu pun pulang gara2 atuk ku masuk wad. Pada mulanya aku ingatkan sudah sesampai masanya buat atuk ku, namun syukur segalanya selamat. Atuk ku yang sihat walafiat, tanpa sebarang masalah kesihatan seperti jantung, ginjal, hati, limpa, dll kononnya doktor discharge sebagai pesakit demam denggi. Entahlah betul atau tidak, sebab dari cerita-cerita makcik dan pakcik aku, atuk ku telah mentekedarah setempayan tapai sambil mengambil ubatan tradisional. Maka oleh kerana panas telah bercampur panas, mau tak meletup pingsan atuk aku. Apa-apa pun 4, 5 hari lagi keluarlah dari wad atuk ku itu.

Sesambil melawat atuk ku di hospital, musim haji kali ini kami sekeluarga sambut dengan majlis korban pada raya kedua haji. Oleh kerana ayah ku telah mendapat duit KWSP tahun ini, beliau telah mengorbankan 2 ekor lembu untuk seluruh keluarga besarnya. Kiranya untuk 13 orang anaknya dan isteri-isterinyalah kot. Huhu..nama aku dan nama kakak aku tidak pun tersenarai. (hehe..sebab kami dah kahwin dan masing2 punya keluarga sendiri..)

Habis ayahku sms seluruh saudara-mara dengan msg “…..mari orang Islam, berjihadlah dan keluarkan parang dan kapak masing2 lalu berkumpul di depan rumah nenek sebelum solat jumaat..”. Fuh..sure orang yang baca ingat nak buat perhimpunan menentang Hindraf. Apa-apa pun lawak lah ayah aku ni. Buat cuak aje..

Alhamdulillah kedua-dua lembu selamat dikorbankan di sebelah rumah, dan adik aku sempat merakamkan aksi-aksi debaran saat-saat menyembelih lembu. Memandangkan aku ni mengandung, aku dan suami di larang keras oleh pakcik dan makcik untuk menonton aksi penyembelihan lembu berdua-duaan itu. Kami pun apa lagi, cuma menolong membuat ramuan masakkan untuk tengah hari sementara yang lain berkumpul untuk menolong melapah lembu di luar rumah.

Lebih kurang 400-500 plastik di agih2kan kepada jiran2 dan saudara-mara. Busuk betul suasana di luar rumah. Seronok pulak aku tengok acara membersihkan usus lembu. Macam paip getah. Adik-adik tiri ku yang menolong membersihkan usus lembu habis kotor seluar mereka terkena najis mutawasitah itu. E..geli betul bila mereka membiarkan aje tahi itu melekat2 di seluar mereka sambil menonton TV. (Busuk!!! 2328x)

Setelah majlis korban dan majlis makan-makan selesai, aku sekali lagi pergi melawat atuk dan nenek di hospital sambil menghantar makanan. Atuk ku pun makin sihat dan sudah mampu berjalan sendiri. Kami sama-sama menonton gambar2 dan video majlis korban yang telah di transferkan ke labtop emak ku. Petang itu aku dan suami pulang semula ke Puchong. Sambil-sambil itu aku hantarkan semua daging2 bahagian emak ku ke rumahnya, Sri Petaling dan juga bahagian emak mertuaku, Cheras. Aku dan suami tiba di rumah sudah lewat malam dan mengisi perut dengan maggi kari pedas + telur ayam. Maklumlah peti ais sudah dikosongkan untuk cuti panjang.

Keesokkan harinya aku menyiapkan diri untuk ke majlis mengantar rombongan bertunang sepupuku di Ulu Yam Baharu. Suami ku yang masih liat untuk bangun melambatkan pergerakkan kami ke sana. Namun apakan daya untuk aku mengejutnya, sian tengok dia penat drive dari semalam.

Perjalanan kami ke Ulu Yam yang bermula 12 tengah hari banyak juga cabarannya. Kami terpaksa menggunakan laluan alternatif kerana laluan di Dewan Bahasa dan Pustaka rupa-rupanya telah di tutup untuk kerja-kerja penaikkan taraf sehingga bulan Ogos tahun 2008. Halangan sekali lagi di tempuh dengan terpaksa menunggu jalan dibuka oleh polis trafik gara2 ada rombongan bas orang politik (kot) yang menuju ke Selayang. Dan sekali lagi setiba di kawasan Hutan Lipur Sungai Tua, kami terpaksa memperlahankankan kereta (40km/j) kerana di hadapan kami ada pengambaran Gerak Khas yang sedang di jalankan. Semua kenderaan tidak di benarkan memotong kereta yang sedang berlakon itu atas pengawasan polis trafik.

Akhirnya kami sempat sampai di kampung, bersalam-salaman dengan saudara mara dan menunaikan solat zohor, lalu terus konvoi 7 kereta menuju ke rumah perempuan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan cepat. Selesai berbalas hajat, kami makan-makan dan terus cabut pulang. Aku kira dalam masa 1 jam aje proses majlis pertunangan itu. Ni semua gara-gara Pak Long ku ada agenda lain untuk bertolak ke Perak bersama-sama emak ku, nenek dan Makcik. Sian mak aku, sudahlah baru aje pulang dari Perak, kini mahu ke Perak kembali semata2 menambahkan jumlah kereta kerana penumpang telah melebihi kereta.

Aku dan suami pulang kembali ke Puchong setelah selesai membantu menghantar dulang2 yang ada dan tolong merasa hantaran2 yang di terima pihak lelaki…. Esok aku akan kerja Shift petang .. Syoknya cuti…!!!