Semalam aku pulang daripada shift malam. Aku drive dan sampai rumah pukul 9 am seperti selalunya aku shift malam. Sesampainya di pintu rumah, tetiba anak kucing kesayangku, Musang namanya sudah menjengahkan mukanya yang chomel sebelum aku membuka pintu. Pelik pulak aku, apasal Musang ada di luar umah?

Setelah menyoal balas pada suami aku yang sibuk dok buat kerja dia di PC, rupa-rupanya suami ngan Musang gadoh besar malam tadi. Semuanya gara2 Musang buang air besar tak bertempat (dalam bilik tido). Aku sebagai hakim tak dilantik, mendapati suami aku bersalah kerana mengetuk dan membantutkan proses penyahtinjaan Musang. Geram jugak aku kat suami aku yang sorang ni, pi kaco Musang eyak buat pe. Tercicir-cicir sisa-sisa tahinya lalu mengena almari dan beberapa helai tudang aku dalam proses dia melarikan diri daripada suamiku yang naik hangin satu badan. Sudahlah berak tak basuh, kena campak keluar pulak dari rumah dalam hujan yang renyai2. Hai, apa nak jadiklah depa berdua ni. Gaduh aje memanjang.

Suami aku pulak kena cakar di ibu jari semasa menangkap Musang. Sian aku kat suami bila tengok cakaran yang agak dalam dan ada kesan darah. Baru je semalam aku postkan 5 Petua dan 5 Nasihat untuk Isteri mengandung dah jadi macam ni.

Musang yang aku rasa masih trauma dengan kejadian malam tadi, still dok di tepi pintu rumah membawa diri. Selalunya dia menyending aje ke mana aku pergi. Setelah setlle membersihkan najis mutawasitah di bilik, aku memandikan pula Musang. Aduhai, sian gila. Masih ada sisa-sisa najis yang melekat di perutnya. Rasa nak nangis plak aku tengok betapa daif dan kerdilnya dia sebagai binatang yang masih lemah. Aku ajak Musang qado tido bersama aku, namun hampa bila dia melarikan diri dan baring semula di tepi pintu rumah..

Mungkin hari raya haji nanti aku bakal mengorbankan Musang dengan menghantarnya pulang semula ke pangkuan ibu dan saudara-maranya…