Setelah sekian lamanya tidak meng-update-kan blog ini, kini barulah terbuka hati untuk menaip kembali. Aku kira-kira ingin melupakan terus saja blog ini tapi memandangkan aku kini berkelapangan maka dengan itu akan ku cuba menghidupkan kembali blog ini.

Alhamdulillah kerana segala percaturan hidupku yang telah Allah swt tetapkan, berjalan dengan lancar seperti doa-doaku sebaik sahaja selesai solat. Aku telah mula diambil berkerja sebagai executive pelatih TM di TM, Cyberjaya bersebelahan dengan TMnet, Cyberjaya sejak Oktober yang lalu. InsyaAllah selepas 6 bulan naiklah gred aku kepada pekerja tetap TM. (lagi cepat, lagi bagus..cepat aku naik gaji..hehe)

Rumah sewa aku dan suami pula telah berubah lokasi di Puchong. Bolehlah tahan dekatnya dengan tempat kerja dan bolehlah tahan juga mudahnya untuk aku berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Dan yang seronoknya, hidup aku dan suami tidak lagi sunyi dengan kehadiran anak kucing siam yang di import dari kampung halamanku hadiah hari raya aidilfitri yang lalu.

Memandangkan aku ditempatkan untuk berkerja shift (kerja pagi 2 hari, kerja petang 2 hari, kerja malam 2 hari dan tidak berkerja 2 hari) kenalah pandai-pandai aku membahagi masa untuk suami, rumah, anak kucingku dan anak dalam perut ku dengan jayanya.

Semalam aku di temani suami untuk lawatan pertama kami di klinik ibu mengandung. Alhamdulillah, jururawat bertugas mengesahkan yang bayi dalam kandunganku sudah mencecah 16 Minggu dan tarikh jangkaan aku untuk melahirkan adalah 5 Mei 2008. Cuma apa yang mengusarkan aku tentang tekanan darah ku yang rendah dan berat badan yang susut. Lepas ni terpaksalah aku memperbanyakkan mentekedarah hati ayam, ikan bilis dan kerang (atas arahan doktor) bagi menambah darah.

(isteri ~ Dermalah Darah. Setitis Darah Seribu Harapan)