Salam ramadhan semua. Akhirnya ada juga masa untuk aku luangkan menjawab tag kali ke-dua dari cik bayan yang ku kira masih relevan untuk dijawab. Yelah, sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa aku asyik dok mabuk kepayang aje…

Maka dengan itu, antara tiga kisah yang dapat aku kongsi di sini adalah seperti berikut:

Kisah Pertama:

image002.gif

Ketika di sekolah rendah (darjah 1) dulu, aku amat gemar makan kacang kuda yang di jual oleh seorang yang berbangsa India. Oleh kerana ramadhan sudah tiba, mak dan ayah aku berhenti memberikan aku wang saku sekolah. Hari-hari tengok kawan-kawan yang lain seronok makan waktu rehat di kantin, dalam kepala aku cuma ingin makan kacang kuda yang aku gemari tu aje. Dan seingat aku, ada seorang budak cina yang hulurkan duit syiling RM1 kepada aku dan kepada seorang lagi kawan aku. Dia cakap dalam poket seluar dia penuh dengan duit syiling RM1. Kami dengan rasa bersalahnya, mengambil duit tu dan membatalkan puasa kami. hehe..apa lagi..“abang..kacang kuda kasi saya” :twisted:

Kisah Kedua:

image003.gif

Balik sahaja dari sekolah rendah, aku memang dah tak tahan kelaparan walaupun waktu berbuka puasa hampir saja tiba. Tetiba entah siapa dalam keluarga aku bagi cadangan untuk melegakan kepala kami yang kelesuan. Main celup-celup kepala dalam air. So bergilir-gilirlah kami adik beradik merendamkan kepala dalam sebesen air. Dan bila tibanya giliran aku, aku telan sebanyak-banyaknya air yang aku mampu. Yelah, pepatah orang tua menyatakan : “Menyelam sambil minum air”. Dan akhirnya, Fuh..memang lega dan mujarab betul kaedah tu..Sampai batal puasa aku..kih..kih.. :lol:

Kisah Ketiga:

image005.gif

Yang ni terjadi setiap kali aku berpuasa di bulan ramadhan. Asal aku tido je di waktu siang, pasti aku akan bermimpikan aku sedang makan sesuatu. Yang enak-enak pulak tu. Sampai kadang-kadang tu, aku sendiri was-was aku ni masih berpuasa atau tak. :mrgreen: