Aku Negatif…
Dua minggu aku hidup dalam ketidak tenteraman dan di hantui perasaan yang aku sendiri tidak dapat nak expresi-kan. Walaupun aku telah kebah daripada demam, batuk dan selesema, namun badan aku asyik aje cepat penat dan aku rasa seluruh mulut aku penuh dengan air yang masam dan masin.
Suami aku pulak asyik dok perli, kononnya aku sedang bawa budak. Yelah mentang-mentang bulan Ogos yang lalu aku tak dapat mc. Eleh, sebelum-sebelum ni pun aku pernah miss mc. Dan seingat aku, selama 3 tahun berturut-turut aku menjalani ibadat puasa tanpa perlu di ganti.. hehe..aku ni tak subur kot..(huh! mintak-mintak di jauhkan)
Disebabkan suami aku dah tak sabar lagi menanggung teka-teki yang menyelubungi kami, bersempena Ramadhan kali ini, aku mengizinkan suami membeli pregnent test. Kesian aku tengok dia, nak buat kerja pun tak keruan. Aku bukan apa, tak suka membazir (eleh..kedekut sebenarnya) dengan benda-benda macam tu.
Pagi tadi setelah membaca bismillah, aku titiskan beberapa air urin ku ke alat pregnent test. E..najis mutawasittah. (Tak suka! Tak suka! Tak suka!). Kendian aku biarkan alat itu dalam tandas dan membiarkan suami ku yang dari tadi dok di luar macam cacing kepanasan untuk melihat resultnya. Aku bukan apa, aku sendiri tak tau nak baca keputusan yang tertera. (hehe, lupa nak tengok kotak test pregnent tu).
Sambil memegang keputusan di tangan, suami aku ketawa tak habis-habis. Aku dah agak, mesti dia ketawakan aku, sebab ngada-ngada buat-buat macam orang mengandung. Bengang melihat suami ketawa tak henti-henti, aku amik alat keputusan di tangan suami dan bandingkan dengan kotak test pregnent.
Hehe.. aku negatif..
…negatif daripada tidak pregnent..
(Suka! Suka! Suka!)
Aku dan suami bersyukur, kerana sempena Ramadhan tahun ini, aku bakal bawa budak. Wah bestlah aku, leh ngada-ngada lagi. Leh minta itu-ini.
Isteri - Perut pun dah tukar saiz dari 23 inci ke 27 inci.. Hari-hari senak perut. Pakai kain dan seluar tanpa kancinglah lepas ni… Dan buat ramadhan tahun ini, aku still mengekalkan record puasa penuh empat tahun berturut-turut. huhu!
dapat kah aku??
Proses Kejadian Manusia menurut Al-Quran (Surah Al-Mukminun:12-14) :
“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari nutfah (benih) Kami proses menjadi ‘alaqah (segumpal darah), dari ‘alaqah menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu kami ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

September 17th, 2007 at 7:11 pm
tahniah…
September 18th, 2007 at 1:35 pm
alhamdulillah, tahniah!
semoga tahun yang mendatang lebih bermakna dengan kehadiran orang baru. bersedialah dari sekarang dalam aspek mental dan fizikal. semoga jadi ibu bapa yang terbaik.
P/S : inilah masa untuk bermanja dengan melampau. hehehhe [teringat wajah puss in boot (shrek)]
September 22nd, 2007 at 12:31 pm
salam ziarah, salam ramadhan …
mabruuk, mudah2han anak yang bakil lahir itu bakal menjadi pejuang agama Allah,
ulama’ ada berkata ” jika kita ingin memiliki anak yang soleh, maka didikan yang diberikan itu bukan di waktu lahirnya, tetapi sebelum kelahirannya lagi ” iaitu bermula dari diri kita dahulu …
September 22nd, 2007 at 7:09 pm
xemeer - terima kaseh
bayan - terima kaseh. miaw..
September 22nd, 2007 at 7:14 pm
life of aku - salam ramadhan. saya jua mengharapkan dan berusaha agar anak-anak menjadi pejuang agama Allah..
September 25th, 2007 at 5:38 pm
wahh tahniah.. abang memang power.
September 26th, 2007 at 3:51 pm
eddyra - o..abang power ye? tapi akak ni yang merana tau tak…? ..dugaan di bulan puasa..
October 1st, 2007 at 9:53 am
teringat satu movie melayu kat astro suatu ketika dulu, on the way to labor room, si isteri yang nak bersalin tu marah kat laki dia ” ini semua you punya pasal” ..
hahaha..