Aku Part Time Penganggur..
Huhu..sudah hampir 2 minggu aku tak meng-update-kan blog ini. Dan sebab utamanya adalah kerana aku kini hidup sebagai penganggur setelah berhenti kerja. Penganggur pun tak apalah, sebab aku still suri rumah selamanya.
Ramadhan yang pertama lalu, pihak tajaan pembelajaran aku memanggil aku untuk urusan temuduga. Setiba je di Menara TM, aku di hantui perasaan yang pelik. Semua pekerja-pekerja syarikat telekomunikasi di larang menuju ke pejabat masing-masing walaupun jam sudah hampir ke pukul 9 pagi. Siasat punya siasat di kaunter pertanyaan, rupa-rupanya kes gegaran di Indonesia yang menjadi halangan untuk kami semua jejak ke dalam banggunan ini.
Setibanya anggota bomba ke Menara, lebih ramai pekerja yang menjauhi bangunan. Itu pun setelah di minta berbuat demikian oleh pegawai yang mengawal. Dan setelah pemeriksaan di lakukan oleh pihak bomba, kami semua di benarkan menggunakan Menara TM semula.
Alhamdulillah, urusan temuduga selesai dalam pukul 3 petang walaupun lewat bermula. Ramai juga schollar yang terlibat dalam temuduga ni. (Argh..aku ada tempat ke tidak ni?)
Aku ada seminggu dua lagi untuk mendapat jawapan dari pihak HR. Apa-apa pun wish me luck, k.
isteri - Selamat berpuasa dan mengerjakan ibadat ramadhan!

September 17th, 2007 at 5:08 pm
apa pun, oleh kerana anda menganggur dan hampir tiada kerja, saya ingin mengetag anda sekali lagi, silakan :
http://psittacula.wordpress.com/2007/09/17/tag-5-tiga-kisah-ponteng-puasa/