Huhu..Aku telah di tag oleh bayan dengan tajuk 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri saya.

Em, tag ni menatang apa ye? teringat masa aku praktikal dulu, kerja aku adalah write RFI singkatan untuk request for information. Kat dalam RFI tu, ada 3 singkatan utama yang perlu aku hafal, antaranya:
*UNC-unknown connection
*
UNL-unknown location
*
TAG- missing or incomplete tagging.

Tapi apa kena mengena tag dengan kerja aku yang lama tu?

Argh..lupakan pasal tu..Apa-apa pun di bawah ini adalah di antara 5 perkara yang anda tidak tahu tentang ISTERI:

1. Aku merupakan anak ke-4 dari pada 15 orang adik beradik kandung. Huhu..Apa pasal banyak sangat adik? Sebab aku mempunyai dua ibu (satu emak dan satu lagi mama). Em..harap2 anak2 aku ada 1 ibu je cukuplah..Hehe..

2. Aku pernah mengalami kemurungan kesan daripada gangguan makhluk halus sebanyak 3 kali seumur hidup aku. Alhamdulillah setelah menjadi isteri, makhluk halus pun tak bisa menganggu aku lagi, mungkin sebab diri telah dimiliki dan makhluk halus itu pergi membawa diri yang keciwa..

3. Aku lahir 5 hari selepas suami aku lahir, maka dengan itu suami aku cuma tua 5 hari dari aku. Namun begitu, ramai yang tertipu dengan menyatakan umur suami ku dah macam 28 tahun dan aku macam budak sekolah lepas amik spm.muhaha..

4. Aku dulu peminat Allahyarham Sudirman Hj Arshad sejak berumur 12tahun. Siap aku hafal semua lagu beliau, membukukan semua kisah-kisah beliau dan membeli semua kaset-kaset yang ada di pasaran yang di nyanyikan oleh beliau. Tapi setelah kenal suami aku, semua benda-benda tu ilang entah ke mana-mana.

5. Masih aku ingat lagi, masa di sekolah menengah rendah, aku berkawan dengan seorang budak cina perempuan. Huhu, aku rapat dengan dia sebab kami dok sebelah-menyebelah dalam class. One day, dia cakap dengan aku “awak, mata awak sangat cantek lah…” (hehe, aku pun mulalah sipu-sipu malu, tetiba awek cina tu menambah) “….macam mata anjing saya”

5 blogger lain yang aku tag : Life Of ‘AKU’ , kereta mayat , santai , melatahlagi dan syoknye snap . Harap anda keringanan menjawap tag ni.

Sumber Tag : mohdSuhaimy –> robotys –> Catzer -> adar -> bayan