Huhu..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Seronok jugak melihat nenek dan atuk kembali bersatu semula. Pakcik makcik semua hadir macam hari raya ler pulak. My mother tak habis2 tayang menantu2 nya kepada saudara mara yang tak dapat menghadiri majlis perkahwinan kami tempoh hari…InsyaAllah, raya tahun ni, makin meriah lah..

Hehe… Masa 31 ogos tempoh hari 4 pasangan bernikah serentak di Masjid Kg Pasir Puteh. Huhu, ramai tul.. Siap pakai microphone. Semangat betul atuk aku. Aku tak leh lupalah, kepada pasangan akad yang pertama, 5 kali lafaz pun masih tak setel2 jugak. Sian aku tengok isteri dia tutup muka..

“Ya, saya trima nikahnya…” (Padalah, tuan kadi baru aje sebut nama pengantin lelaki)

“Saya trima nikahnya, [nama penuh pengantin perempuan] dengan mas kawinnya RM1 ringgit…” (Padalah, mas kawin pengantin perempuan itu sepatutnya RM500 ringgit”

Yang lain aku dah lupalah pulak… Namun akhirnya semua mempelai selamat disatukan. Alhamdulillah.