Nenek ku Kawin Lagi…
Masih ku teringat lagi betapa susah payahnya nenek ku menjayakan majlis kenduri kendara perkahwinan ku 3 bulan yang lalu. Kini giliran nenek ku pulak bakal menjadi isteri setelah menjanda..
Huhu…Setelah 8 tahun berpisah dengan atuk ku, akhirnya bersambung jua jodoh mereka. Alhamdulillah. Apa pun, cucu-cucu ada yang tak berapa suka. Anak menantu nenek pun begitu juga. Yelah masih teringat kisah-kisah dulu dahulu kala hingga terjadinya penceraian. Tapi apa nak dikata, kalo badan yang rela untuk meneruskan sisa-sisa hidup bersama orang yang menjadi pilihan hati, tak boleh nak dikata apolah.
Teringat minyak wangi yang atuk hadiahkan pada aku dua bulan sebelum aku berkahwin. Bukan saja aku yang dapat, beberapa orang cucu dan menantunya yang perempuan pun dapat. Tak lupa juga atuk bekalkan minyak wangi untuk nenek. Katanya minyak wangi dari Mekah. Hehe…Kelakar bila ibuku menyatakan nenek melangkah-langkah botol minyak wangi itu, takut-takut minyak pengasih. Akhirnya, terbuka juga hati nenek buat atuk. Tak tahulah aku, sebab minyak atau sudah tiba masanya jodoh mereka bersambung.
Apa-apa pun, aku cuma mengharapkan dan berdoa, atuk ku berubah menjadi sangat baik dan menjaga nenek ku dengan sebaik-baiknya. Harapan ku juga janganlah di ulang kisah-kisah yang lalu.
argh
..tapi yang tak syoknya, majlis kenduri ala kadar akan di lakukan 31 ogos 2007 di Perak. terpaksalah aku sambut mendeka kat sana.. ![]()

August 29th, 2007 at 8:35 pm
August 29th, 2007 at 8:58 pm
hehe…bayan. sy pun pakai minyak tu. ok je. esok sy akan bertolak blk perak gn isteri. jd minta maaf awal2 jika tak dpt menolong nnt jika ada problem.
September 3rd, 2007 at 2:52 pm
Hehe. Lawak pun ada. Teringat atuk aku juga baru kawin tahun lepas, lepas nenek aku meninggal. Dier bedal pakai kain pelikat je masa akad nikah. Haha.
September 3rd, 2007 at 8:32 pm
salam … selagi tak melanggar syariat .. maka biarkan ia berlaku …
September 4th, 2007 at 2:54 am
affuan - atuk aku pun bedal pakai kain pelekat. fuh macing betul colour kain pelekat dan baju melayu, beliau.pandai tul, atuk aku shopping..malam pertama dan malam kedua pun still berbaju maching colour..hehe..