Apakah pilihan anda selepas menjamu selera? Mahukan minuman panas atau sejuk? Atau mungkin anda lupa untuk minum selesai makan?

Jika pilihan anda minuman sejuk atau berais, anda perlu bimbang kerana pengambilan minuman sejuk atau berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan lalu memperlahankan penghadaman kita. Lemak yang terbentuk di dalam usus akan menyempitkan banyak saluran hingga menyebabkan lemak berkumpul dan terjadinya punca penyakit seperti sakit jantung.

Jadi apa kata kita ubah menu minuman kepada sup panas atau air panas/suam selepas makan.