Huhu… Orang kata kat Malaysia ni ada banyak makanan best-best. Tapi sampai ke hari ini, aku masih tercari-cari apakah makanan kegemaran ku…

Aku ni malas betui nak makan. Malas nak makan, tapi masak tu kira rajin lah sikit daripada makan… Tu pasal suami aku ejek aku “TEMBAM” (melawan maksud pada kursus).

Hari-hari ejek aku TEMBAM tapi aku tak TEMBAM-TEMBAM jugak. Aku bukan tak nak jadi gemuk, tapi selera makan aku tak kesampaian ke mulut.

Lain pulak halnya dengan suami aku nih. Pernah suatu hari, naik tergelek aku bila suami ku bertanyakan ku tentang soal makanan di waktu petang itu… Bunyinya camgini:

suami: Oh isteri ku, tidakkah dikau tau apakah waktu yang paling indah buat suamimu ini?

isteri: Kalo tak salah isteri, suami ku ini sangat gembira bila berada disamping isterinya… Hehe… Betul tak suami?

suami: Memang betul tu… Tapi yang paling indah buat suami mu ini adalah makan tengah harinya..

Iskh… Ishk… Apa hal lah pulak makan tengah hari jadi waktu yang paling indah…?
Hampeh-hampeh… Lalu si suami menambah dialognya..

suami: Maka dengan itu, janganlah dikau wahai isteri ku, bergurau senda ketika suamimu ini sedang menjamah makanannya… Ini kerana suami mu sedang kyusuk menikmati juadah yang dianugerahkan ALLAH swt..