Pantang Larang Isteri Memasak
Memandangkan suami aku ni suka sangat makan. Jadi post kali ini, aku nak listkan beberapa perkara yang suami aku nak aku buat ketika preparekan makanan yang beliau ingin mentekedarah… (hehe, sebenarnya aku ni pelupa orangnya. tu pasal aku kena buat list ni) :
1. Oleh kerana suami aku tak boleh makan ikan sungai, maka aku tidak di galakkan membeli ikan sungai terutamanya ikan keli (suami aku panggil “ikan geli-geliman”) dan ikan talapia. So semenjak aku berkahwin, sehinggat aku, aku dah tak cubit makan pun ikan keli. Kalo dulu, tiap-tiap minggu aku temankan mak aku beli sekilo ikan keli. Tak apalah, sebagai menghormati selera makan suami tercinta, i sanggup berkorban hubby… (Walaupun aku pun sebenarnya dah naik geli makan ikan keli…)
2. Ikan kembung menjadi ikan favarote buat keluarga mak mertua ku dan suami ku.. So sekarang ni aku kenalah beli ikan kembung setiap kali ke pasar. Pantang buat suami ku kalo aku tak rendam ikan kembung tu dulu dengan air asam jawa sebelum di goreng atau pun di buat masak lemak atau kari. Walaupun dah cuci bersih macam mana pun, still hidung hikmat suami aku leh perasan punya… I solute you hubby’s nose!
3. Antara makanan kegemaran suami ku adalah masak sambal. Tak kisah lah sambal ikan ke, sambal sotong ke, sambal udang ke, sambal ayam ke… Anything base on cili kering blander sure dia suka. But in this case of sambal sotong and sambal udang… Suami aku selalu pesan, sebelum udang dan sotong mentah di gaul bersama sambal, making sure that udang dan sotong telah di goreng terlebih dulu… Huhu, selalu aku kantoi bab ni… Sampai suami aku tulis besar2 kat white board dalam bilik. (Eleh… Suami aku pun tak ingat nak ingatkan aku bila aku masak sambal sedangkan dia selalu aje ade kat sisi aku ketika aku sedang memasak… Padan muka dia. Banyak songeh punya perut laki aku)
4. Selain sambal base on cili kering blander, suami aku suka bangat makan with sambal belacan cili padi (terutamanya makan kari daging). Huhu, kalo orang lain dan keluarga aku selalu buat sambal belacan daripada cilipadi sikit, cili merah, belacan, garam dan air asam jawa. Tapi buat mulut suami aku, sambal belacan cara keluarga aku tak kaw pun… Buat suami aku, kalo lesung batu menumbuk lumat cilipadi 20biji di campur garam dan belacan then air asam jawa baru “kaw”. Huhu… Aku pun dah tak sanggup makan sambal belacan kalo itu bahan2nya. Well, nak buat macam mana, kalo mau suami sayang lebeh, terbuat jugaklah sambal belacan cilipadi tu… Apa2pun, suami aku memang rajin buat sambal belacan cilipadi sendiri. So aku tarrak susah hati pasal hal ni. Kalo aku lupa buat, sure dia boleh buat sendiri tanpa meminta pada aku…

Leave a Reply