ISTERI

.:h@nya..sekaDar..luAhan..Rasa:.

Mengapa anak perlu tidur lebih lama?

Tidur yang cukup amat penting bagi seorang bayi. Selain memulihkan tenaga untuk membina hubungan otak disamping memberikan Ibu dan Ayah rehat diperlukan, tidur juga membantu pertumbuhan fizikal bayi.

Pertumbuhan fizikal bayi adalah proses yang kompleks yang memerlukan beberapa hormon untuk merangsang pelbagai peristiwa biologi dalam darah, organ, otot, dan tulang. Hormon protein atau disebut “hormon pertumbuhan manusia” dilepaskan oleh kelenjar hormon pertumbuhan pituitari adalah pemain kunci dalam peristiwa ini. Beberapa faktor yang mempengaruhi pengeluaran hormon protein, termasuk pemakanan, stress, dan sukan. Namun bagi bayi, faktor yang paling penting adalah tidur.

Hormon pertumbuhan dilepaskan sepanjang hari. Bagi bayi, masa paling banyak hormon dilepaskan adalah  setelah bangunnya bayi dari tidur yang nyenyak.

Bagi bayi berusia dua hingga 3 tahun, mereka memerlukan 12 hingga 14 jam tidur setiap 24 jam (gabungan
daripada 12 jam tidur malam dan 1 ½ hingga 3 jam tidur siang).

Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun, mereka memerlukan sekitar 11 hingga 13 jam (dengan sekitar 11 dari jam di malam hari).

Namun begitu keperluan tidur adalah agak individu. Ada anak-anak yang memerlukan sedikit tidur atau lebih daripada rakan-rakan mereka. Tanpa tidur yang cukup, pertumbuhan bayi akan menjadi masalah terutamanya lambat atau pertumbuhan terbantut.

Kurangnya tidur di malam hari juga boleh menjejaskan kemahiran motor dan konsentrasi pada siang hari hingga boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan dan masalah perilaku bagi anak-anak.

Kebanyakan anak-anak perlu tidur lebih dari orang tua mereka fikir. Tanda-tanda bahawa anak anda mungkin tidak mendapat rehat yang cukup termasuk mudah tersinggung atau kelesuan, selalu jatuh tertidur di dalam kereta, dan sukar untuk bangun dari tidur.

Bantulah anak-anak mendapatkan banyak zzz dengan menetapkan waktu tidur yang konsisten pada anak-anak. Miliki rutin tidur yang membantu isyarat ke tubuh anak-anak bahawa sudah sampai waktunya untuk mereka tidur dengan memberinya mandi tengah hari dan menyanyi atau membaca cerita
pengantar tidur pada waktu malamnya.
Pastikan juga suasana bilik tidur sesuai untuk tidur yang nyenyak seperti bilik seharusnya gelap dan tenang.

Comments (4)

Pengalaman melahirkan anak

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan anak yang kedua, Ana Shakirah pada 14hb Ogos 2010 pukul 1pagi di Hospital Columbia Asia, Puchong, Selangor. Usia baby sudah pun genap sebulan dan aku pulak pantang yang-yok. Beraya ke sana sini mengendong orang baru walaupun baru 25 hari pantang.

Pengalaman melahirkan anak kedua kali ni agak berbeza dari pengalaman anak yang sulung, Ana Shafiqah. Dulu masa melahirkan Fiqah, aku masuk bilik bersalin pukul 7 pagi. Sejam kemudian aku pecah ketuban dan akhirnya baby lahir pukul 1 tengahari. Dekat 6 jam menunggu masa untuk laluan faraj terbuka dan masa yang sesuai untuk meneran. Teringat lagi, masa tu aku dahaga sangat sampai aku merayu-rayu setitis air dari nurse-nurse yang bertugas. Dan sampai satu tahap aku hampir putus asa untuk meneran walaupun kepala baby dah keluar sedikit menampakkan rambut. Namun syukur Fiqah selamat juga dilahirkan dengan normal pada 8 ogos 2009 (Khamis). Semua tu dah 2 tahun berlalu.

Kali ni, aku cukup bertuah Allah makbulkan doaku supaya dipermudahkan kelahiran anak kedua ini. Aku sempat berpuasa 3 hari saja. Kirah lahir pada hari Sabtu, 4 Ramadhan, lewat 9 hari dari tarikh jangkaanku bersalin. Pada mulanya aku risau juga. Doktor dah pesan kalau masih belum bersalin, aku kena rujuk hospital pada lewat hari ke-10 dan berkemungkinan kena paksa bersalin. Mujurlah ketika ingin menunaikan solat magrib, aku dapati ada tompokkan kecil darah keluar dari faraj. Masa tu aku tangguhkan dulu untuk ke hospital sebab aku tak rasa sakit sangat. Akhirnya aku dan suami bertolak ke hospital setelah kontraksi makin kerap datang.

Setiba di hospital aku terus dimasukkan ke bilik bersalin lebih kurang pukul 12 tengah malam. Tak duduk diamlah aku masa tu menahan sakit konstraksi. Rasa nak berlari keliling katil. Masa tu nurse check bukaan faraj baru 4cm.

Setelah sejam di atas katil, tiba-tiba aku rasa nak terbuang air besar. Aku dengan selamba, minta izin pada nurse untuk ke tandas. Aku disuruh bertenang dan menahan dari meneran. Masa tu kelam-kabut cari doktor Raja. Berkali-kali aku cakap “saya nak terberak…saya nak terberak..saya nak terberak nih”. Memang masa tu rasa macam kepala tahi nak terkeluar sangat-sangat.

Lebih kurang lima minit kemudian, Dr Raja sampai. Bila aku nampak je doktor dah masuk bilik bersalin, apa lagi aku meneranlah cukup-cukup. Lega aku bila dah keluar kepala. Masa tu doktor suruh jangan meneran lagi sebab baby aku dah termakan tahi sendiri. Kelam kabut doktor dibantu 2 orang nurse sedut balik najis dari mulut baby. Lepas sekali lagi teran, terus keluar badan dan proses memotong tali pusat dilakukan. Baby dibawa keluar untuk dibersihkan oleh nurse sementara doktor pulak mengeluarkan uri dan menjahit luka. Alhamdulilah cuma 2 kali jahitan je.

Aku sempat mencium baby sebelum baby dibawa ke bilik nursery. Sementara aku pula dibawa ke wad untuk berehat. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Walaupun selesa dengan keadaan bilik, aku masih tak dapat melelapkan mata kerana masih terkenangkan saat-saat cemas yang aku baru tempuhi. Rasa macam nak melompat kerana happy sangat menenangkan kesakitan yang aku hadapi telah hilang. sekian..

Comments (5)

Makanan yang Sesuai untuk Berpantang 44 hari

Berikut merupakan makanan yang sesuai bagi ibu-ibu yang berpantang. Terpulanglah nak berpantang 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Berdasarkan pengalaman aku, dalam 44 hari selepas melahirkan anak, darah nifas dah berhenti dan dah boleh mandi hadas besar dan menunaikan ibadat macam biasa.

Antara jenis-jenis lauk yang boleh di makan (berdasarkan pengalaman berpantang) oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:

1. ikan bilis - biasanya di goreng biasa atau pun di masak sambal. tapi jangan terlalu pedas.

2. ikan cencaru - biasanya di bakar untuk lebih sedap selain di goreng

3. ikan haruan - lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng

4. ikan siakap - masak stim

5. ikan bawal putih/hitam - goreng

6. ikan gelama - goreng

7. ikan merah - masak sup

8. ikan jenahak - goreng

9. ikan selar kuning - goreng/ masak asam

10. ikan kerisi - goreng/ masak asam

11. ikan kurau - goreng/ stim

12. ikan kerapu - goreng/ stim

13. ikan senangin - goreng/ masak asam

14. ikan tengiri - goreng/ masak asam

15. sayur sawi - sup

16. sayur bayam - tumis air

17. sayur kailan - goreng/ tumis

18. sayur kacang buncis - goreng/ tumis

19. halia - elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)

20. daun pegaga - di campur dalam masakkan/ di buat jus - elok utk tambah air susu badan

21. milo/horlick - sesuai untuk sarapan dan minum petang

22. biskut/roti - sesuai untuk sarapan dan minum petang

23. ayam - di buat sup atau di campur dalam bubur

 

Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:

1. makanan laut - sotong/udang/ketam - takut gatal di tempat luka

2. telur - luka lambat sembuh

3. ikan yang tidak bersisik dan berbisa - sembilang/keli

4. sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang

5. tebu/ air kelapa/ buah anggur

6. makanan pedas/ berminyak

7. susu/ aiskrim/ keju

Leave a Comment

Sudah Berapa Bulan?

Hari ni merupakan genap 36 minggu aku mengandungkan anak kedua ku. Lagi 4 minggu perlu aku harungi untuk membawa baby dalam kandungan ni. Petang karang nak pergi Klinik Suraya untuk last checking perut kat sana . Kemudian 38 minggu dan ke atas aku akan teruskan checking kat Hospital Columbia Asia sebagai persediaan melahirkan anak kedua ini di sana .

 

Berikut merupakan kiraan yang lebih tepat usia kandungan anda. Kadang kala orang/ doctor akan bertanya berapakah usia kandungan anda kini. Anda bolehlah memberitahu mereka usia kandungan dengan lebih tepat lagi mengikut tafsiran di bawah:

 

1 bulan = 4 minggu 2 hari

2 bulan = 8 minggu 4 hari

3 bulan = 12 minggu 6 hari

4 bulan = 17 minggu 1 hari

5 bulan = 21 minggu 3 hari

6 bulan = 25 minggu  5 hari

7 bulan = 30 minggu

8 bulan = 34 minggu 2 hari

9 bulan = 38 minggu 4 hari

9 bulan 10 hari = 40 minggu

 

Leave a Comment

Booking Hospital Columbia Asia untuk Kelahiran Kedua

Ketika usia kandungan ku genap 34 minggu, aku memutuskan untuk buat checking kat KPMC (Klinik 24 Jam Kecemasan dan Bersalin Puchong Medical Center ). Malangnya kami diberitahu yang pada tarikh aku bakal bersalin, doctor MOD perempuan yang akan menyambut kelahiran bayi ku masih dalam musim berpantang ketika itu. Alahai, cancel nak bersalin di KPMC sebab doctor yang bertugas yang ada tinggal kaum lelaki sahaja. Jadi terpaksalah aku dan suami mencuba perkhidmatan di Hospital Columbia Asia yang terletak tak jauh dari kawasan KPMC.

 

Alhamdulillah, kali kedua kedatangan kami di Hospital ni mudah je. Dengan parking lot yang kosong bagai menunggu kereta kami, sangat menyenangkan process parking buat suami ku. Terus ke lobi, kami di sambut oleh jururawat Melayu. (sebelum ni India-terpaksa komunicate dalam bahasa English). Kami isi borang dan terus di transfer ke bahagian Klinik Mengandung. Kat situ aku buat cheking air urin dan tekanan darah. Terkejut jugak aku berat aku dari 57.5kg dah naik ke 59.5 kg. Cepatnya naik. Sebelum ni berat aku cuma naik 0.5kg je setiap kali checking dan ada kalanya tak naik langsung.

 

Selepas menunggu kedatangan doctor (Dr Raja Juhaidah), aku di jemput masuk untuk process check perut. Tup-tup Dr Raja tukar screen dari scanning biasa ke scanning 3D. Dapatlah aku nampak muka baby aku setelah digoyang-goyangnya perut aku. Haha, baby malu-malu plak nak nampakkan muka dia. Kami di beri gambar 3D wajah baby. Saling tak tumpah macam muka anak yang sulung masa kecik-kecik dulu.

 

Selesai process checking dan sedikit consultant, kami keluar dan membuat pembayaran dan pulang dengan senang hati.

Comments (1)

9 Tips Menyimpan Makanan Dalam Peti Ais

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam hal ini:
1. Kapasiti
Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
2. Makanan Kering
Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.
3. Daging
Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.
4. Ikan
Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin beku. 
5. Sayur-sayuran
Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan. 
6. Makanan
Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.
7. Sos dan kicap
Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.
8. Sisa Roti
Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.
9. Kebersihan
Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti asi. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.

 
 
 
 
 

 

Comments (1)

6 Petua Mudah Tambah Susu Badan

1. Kerap Menyusu
Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil.
Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan Tradisi
Orang-orang lama suka mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada mayarakat melayu sahaja. Malah kaum cina dan india turut menggunakan kaedah yang sama.
Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobah putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makan Herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian dapat menambahkan pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan.
Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum Air Ikut Keperluan
Selain dari pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan anda perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

5. Posisi Yang Betul
Selain daripada keselesaan, amat penting untuk anda mendapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, anda perlu mendapatkan tunjuk ajar dari jururawat,
doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

6. Ubat-ubatan
Anda boleh memperolehi ubat ini di farmasi berdekatan. Walaubagaimanapun ubat-ubat ini tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau maxalone boleh memberikan kesan sampingan pada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan untuk ibu yang merangsang
pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.

Comments (2)

7 Tips Penjagaan Badan Semasa Berpantang

1.Bertungku
Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut dan menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah:
- Panaskan batu sungai/ batu tungku 15 minit.
- Letakkan batu tungku di atas lapisan daun mengkudu/ daun sirih (keliling batu di tutupi daun).
- Balut batu yang berlapik daun dengan lapisan kain.
- Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.Berurut
Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar. Amalkan 3 hari berurut pada waktu pagi seminggu selepas kelahiran normal.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat, ringan dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian
kaki.

3.Berbengkung atau berbarut
Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang lansing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu di tegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4 Berpilis
Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.Mudah bukan?

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang.Di khuatiri peranakan boleh turun kerana
menggunakan tenaga dan hentakan lesung / gegaran pada badan.

5.Mandi air rebusan daun
Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf.Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun - daun tersebut. Selain itu rendaman air asam keping juga boleh dibuat cucian faraj.

6.Minum ubat periuk
Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan .

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat.Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang
dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7.Tidur dan rehat secukupnya
Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata. Pastikan keadaan selesa utk anda tido. Pencahayaan yang mengikut keselesaan anda adalah amat penting.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam.Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.

Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.

Leave a Comment

Menimang Cahaya Mata Kedua

Serentak dengan perpindahan keluargaku ke rumah baru pada Nov 2009 yang lalu, kami terus diberi khabar gembira dengan kewujudan janin dalam rahim aku. Last period aku, akhir Oktober 2009 lalu memungkinkan aku melahirkan anak pada awal Ogos 2010 nanti (bulan puasa tu..tak puasala aku sebulan).

Proses checking perut untuk kehamilan kali kedua ni, aku buat kat klinik swasta (support by PM CARE). Dulu jenuh beratur kat klinik kerajaan, la ni aku  main suka hati je ikut tarikh aku free, datang utk check kandungan. Setiap kali check perut, doktor akan timbang berat, uji air kencingscan baby.

Selepas kandungan aku masuk fasa 6 bulan, doktor confirmkan yang aku bakal melahirkan anak perempuan..Harapan suami aku utk menimang anak lelaki tak tercapai buat masa ni. Tapi alhamdulillah kandungan aku tak da masalah dan semua normal. Paras hemoglobin aku elok dan paras tekanan darah stabli.

Sekarang ni, kandungan aku dah masuk fasa 7 bulan. Kebanyakkan barangan baby aku dan suami dah beli. Semuanya jadi mudah bila aku rujuk semula list barang-barang yang pernah aku post dulu. Tak payah pening-pening search lagi dalam internet. Untuk baby kali ni, kami plan untuk beli katil baby, sebab risau anak yang sulung ganggu tido adiknya.

Memandangkan aku dah check pregnency kat klinik swasta, so aku kena menempuh proses kelahiran di hospital swasta jugaklah. Pilihan pertama aku di Hospital KPMC, Puchong. Aku dan suami dah survey hospital tu. Kena buat checking sekali kat situ dan kami diberitahu doktor yang incharge utk kes-kes bersalin adalah doktor-doktor lelaki. Cuma ada sorang doktor perempuan. Itu pun doktor perempuan untuk kes-kes ringan sahaja. Cancel nak beranak kat KPMC.

Pilihan kedua kami kat Hospital Columbia Asia Medical Centre kat Bandar Putri, Puchong. Agak besar jugaklah hospital tu. Antara survey yang ku peroleh dari internet:  

Gynea: Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah
Charge bersalin: RM2500-RM2700…satu bilik (entah betul entah idak)
Services: Tip Top
Check up Perut: Scan & consultation rm75++

Leave a Comment

Berpindah ke Rumah Sendiri

Akhir tahun lalu, Nov 2009, aku dan family berpindah ke rumah baru. Dari rumah sewa ke rumah sendiri. Dari flat kos rendah ke rumah teres. Semuanya berkat kesungguhan suami bertungkus lumus menguruskan business syarikat dia dan alhamdulillah berkat rezeki anak, segala yang di impikan tercapai.. Rumah pertama kami tersedia untuk di huni setelah 5-6 bulan menunggu segala proses jual beli dan perjanjian tercapai.

Mulanya aku tak setuju juga untuk berpindah. Risaukan kekangan kewangan dan pilihan rumah yang agak mahal dan besar bagi kami 3 beranak. Akhirnya kami putuskan juga untuk bayar deposit RM2k kepada pemaju untuk booking rumah sebelum kelulusan pinjaman pihak bank. Rumah pilihan yang ada cuma tinggal satu aje waktu tu.

Selepas pembayaran deposit utk booking, kami di beri tempoh 2 bulan utk lunaskan deposit rumah 10% daripada nilai rumah. Di sebabkan aku ada keahlian dalam KOTAMAS, jadi mudahlah untuk aku buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat dengan potongan gaji angkasa. Pada mulanya aku apply pinjaman peribadi dengan Alliance Bank atas sebab kadar faedah yang rendah. Tup-tup lepas sebulan, agen yang menguruskan borang kami kata ada benda yang tak lengkap..suruh isi inilah, itulah.. last-last cancel buat pinjaman dengan Alliance Bank. Pinjaman yang di uruskan Bank Rakyat, dalam masa 2 minggu aje settle urusan keluar masuk duit. Jadi selesailah masalah nak membayar deposit rumah.

Baki 90% daripada nilai rumah, kami settlekan dengan membuat pinjaman melalui Public Bank.

2, 3 bulan pertama duduk rumah baru, banyak benda yang aku tak puas hati dengan rumah tu. Yelah rumah baru. Ada saja benda yang kurang dan terlebih. Antara masalah yang aku hadapi dengan rumah baru:

1) Perpaipan tandas bocor. (Masalah telah dirujuk pada pemaju)
2) Longkang tersumbat (Plumbing repair kuarkan batu-batu)
3) Sinki tersumbat
4) Sinki tercabut
5) Jubin dapur dan tandas yang kotor (Basuh pakai acid pun tak boleh ilang)
6) Penggunaan dapur basah (open air) dan dapur kering yang tak praktikal
7) Ruang balkoni yang selalu basah dek hujan dan terdapat takungan air aircond

Sepanjang bulan April 2010, suamiku telah mengupah orang untuk renovate bahagian dapur, tambah bilik dan simen seluruh halaman. May 2010, selesai proses renovate dan sekarang ni, rumah aku masih lagi dalam fasa proses penyusunan perabot dan peralatan.

Banyak lagi benda nak kena upgrade untuk menambah keselesaan rumah.  Antara perkara yang belum direalisasikan utk rumah:

1) Gril tingkap dan pintu
2) Tukar pintu pagar rumah dan tembok rumah. 
3) Tampal jubin di halaman rumah
4) Pasang kabinet dapur dan hub
5) Repair balkoni

Leave a Comment